Seorang wanita dewasa membaca majalah dengan memegang cermin mata - Libresse

Menopaus ialah subjek yang diselubungi misteri – tetapi sama seperti haid, ia merupakan satu proses semula jadi.

Walaupun ia agak rumit untuk dikendalikan jika anda tidak pasti apa yang perlu diperhatikan, mempunyai pengetahuan tentangnya bermakna anda akan bersedia menanganinya.

Menopaus terjadi apabila anda berhenti berovulasi kerana penurunan tahap estrogen dan progesteron di dalam badan anda. Tetapi ia juga merupakan koleksi simptom dan perubahan yang dialami oleh seorang wanita sebelum atau selepas menstruasi tamat untuk selama-lamanya.

Lazimnya, tanda pertama menopaus ialah perubahan corak haid anda. Anda mungkin mengalami aliran darah haid yang ketara banyaknya, lebih daripada biasa. Atau darah haid anda mungkin sangat sedikit dan datang sekejap-sekejap. Anda mungkin datang haid setiap dua atau tiga minggu, atau tidak mendapatnya untuk berbulan-bulan berturut-turut. Semua ini adalah normal.

Menopaus ialah proses beransur-ansur yang berlaku secara berperingkat-peringkat. Keturunan yang menentukan umur anda mula mengalami menopaus. Umur purata adalah 51 tahun, tetapi ia boleh bermula seawal umur 40 tahun atau selewat 60 tahun. Simptom bermula beberapa bulan ataupun bertahun-tahun sebelum haid tamat – dikenali sebagai ‘perimenopause’ – dan biasanya berterusan selama empat tahun selepas itu.

Apabila anda mula-mula mendapati perubahan yang berkemungkinan adalah menopaus, ia penting untuk berbincang dengan doktor anda, menjalani ujian darah untuk pengesahan dan mendapatkan nasihat. Simptom menopaus yang paling lazim termasuk hangat memerah, berpeluh pada waktu malam, kerengsaan, gangguan tidur dan faraj yang kering. Tetapi terdapat banyak tanda lain, seperti rasa pening, kembung, peningkatan berat badan, perubahan emosi, sakit kepala dan kehilangan nafsu seks.

Ada wanita yang tidak mengalami apa-apa simptom, tetapi kebanyakannya mendapat sekurang-kurangnya satu atau lebih simptom. Jika ini yang ada alami, anda tidak perlu menderita sendirian. Ramai wanita mendapati bahawa senaman yang kerap bermanfaat untuk mengurangkan simptom, manakala akupunktur dan hipnoterapi telah didapati berkesan untuk menangani hangat memerah dan insomnia. Pada masa lampau HRT atau terapi penggantian hormon[1] adalah rawatan standard, tetapi penyelidikan baru-baru ini telah mengaitkannya dengan kanser payudara, gumpalan darah dan strok, jadi adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda.

Menopaus boleh menjadi tempoh yang penuh dengan cabaran dan emosi tetapi anda juga mungkin merasa lega kerana anda tidak lagi perlu menangani masalah haid dan PMS. Sesetengah wanita juga mendapati mereka berasa lebih yakin dan selesa selepas menopaus mereka.

Oleh sebab kawalan pundi kencing boleh terjejas oleh menopaus, idea yang baik ialah dengan menyimpan beberapa keping TENA Lady dalam beg anda sekiranya ini menjadi masalah. Dan jangan lupa untuk menyimpan beberapa keping lapisan pad yang nipis (seperti Kesegaran Setiap Hari Libresse), sekiranya haid anda tidak dapat diramalkan.

Penafian perubatan

Maklumat perubatan dalam artikel ini disediakan sebagai sumber maklumat sahaja, dan tidak boleh digunakan atau diandaikan untuk sebarang tujuan diagnostik atau rawatan. Sila jumpa doktor anda untuk mendapatkan panduan mengenai keadaan perubatan tertentu.

[Sumber]

Terus belajar

Terus menerokai