Dasar Privasi

VINDA MALAYSIA SDN BHD

2A, Jalan Pelabur 23/1

Seksyen 23,

40300 Shah Alam, Selangor

Reg. No. 320704-U

Rujukan di bawah seperti “VINDA”, “kami” adalah rujukan kepada VINDA MALAYSIA SDN BHD sebagai pembekal laman web (“Laman”) melainkan ada yang mengikuti dari laman tertentu atau perkhidmatan lain, dimana “VINDA” merujuk kepada entity tersebut. Terma Penggunaan ini perlu diaplikasikan dalam pada laman dan perkhidmatan lain yang merujuk kepada Terma Penggunaan ini.

 

Tujuan VINDA menyediakan laman  dan terma penggunaan ini adalah mematuhi Undang-undang Malaysia. Namun, oleh kerana VINDA termasuk dalam entiti seluruh dunia, adalah  dimaklumkan jika syarikat lain di nyatakan sebagai pembekal sesetengah Laman atau servis, undang undang nasional negara di mana entiti sedemikian ditubuhkan boleh dirujuk peraturan yang berbeza atau peraturan tambahan. Dalam kes sedemikian, undang-undang nasional yang berkaitan akan diguna pakai dan dipatuhi oleh entiti sedemikian setakat yang diperlukan.

 

Pernyataan Undang-Undang

Bahan-bahan yang terdapat di dalam Laman ini adalah disediakan oleh VINDA sebagai servis kepada pelanggannya dan boleh digunakan untuk tujuan maklumat sahaja. Satu salinan boleh di muat turun berdasarkan pada rujukan yang diperuntukkan di bawah. 

Dengan memuat turun sebarang bahan dari Laman ini, anda telah setuju kepada terma terma ini. Jika anda tidak setuju, jangan gunakan Laman atau memuat turun sebarang bahan dari Laman ini. 

 

Maklumat Tanda Dagangan

Kesemua nama, logo, cap dagangan adalah hak milik VINDA, syarikat gabungan atau pembekal lesen atau rakan kongsi usaha sama.

Cap dagangan VINDA dan jenamanya boleh digunakan hanya seperti di nyatakan dalam Terma Penggunaan atau dengan mendapatkan kebenaran bertulis dari VINDA.

Sebarang penggunaan tanda dagangan VINDA didalam iklan atau promosi tentang produk VINDA perlu mendapatkan pengiktirafan. 

 

Penggunaan Terhad/Satu Salinan Lesen

Kesemua kandungan di dalam Laman web ini, seperti teks, grafik, logo, butang ikon, gambar, klip audio dan perisian adalah hakmilik VINDA atau kandungan pembekal dan dilindungi oleh Undang-undang hak cipta Malaysia dan Antarabangsa, Penggunaan tanpa kebenaran atau pengedaran sebarang bahan di Laman ini boleh melanggar hak cipta, cap dagangan, dan/atau undang-undang lain dan tertakluk kepada sekatan sivil dan saman.

 

Laman ini atau mana-mana bahagian dari Laman ini tidak boleh diterbitkan semula, diduplikasi, disalin, dijual, dijual semula atau sebaliknya dieksploitasi untuk sebarang tujuan komersial yang tidak dibenarkan secara jelas oleh VINDA. Anda boleh memuat turun satu salinan maklumat yang dijumpai di Laman VINDA dari satu komputer unutk tujuan peribadi, bukan komersial, untuk tujuan penggunaan dalaman sahaja.

 

Anda tidak boleh mengubah, mengguna atau memindah maklumat untuk tujuan komersial, termasuk membuang sebarang hak cipta atau notis proprietari lain dari maklumat tersebut. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mengelakkan daripada sebarang salinan tanpa kebenaran bahan-bahan dan memastikan bahawa semua pekerja dan kontraktor – jika berkenaan – dari organisasi anda mematuhi kepada had ini.

 

Anda bertanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang hak cipta yang berkenaan. Kami benarkan anda untuk membuat salinan dari Laman ini jika perlu ketika anda meninjau laman ini, dan anda boleh mencetak satu salinan untuk kegunaan peribadi dari Laman ini sebagaimana yang munasabah untuk tujuan peribadi. Kegunaan untuk tujuan lain adalah dilarang. Anda tidak boleh “frame” Laman ini atau link ke halaman selain halaman rumah “home page” tanpa kebenaran bertulis dari kami. 

 

VINDA tidak memberikan apa-apa hak yang dinyatakan atau tersirat kepada anda di bawah mana-mana paten, hak cipta, cap dagangan atau maklumat rahsia perdagangan.

 

Penafian Waranti

Maklumat yang terkandung di dalam ini disediakan "sebagaimana adanya" tanpa apa-apa waranti yang dinyatakan atau tersirat dalam apa jua bentuk termasuk jaminan kebolehdagangan, pelanggaran harta intelek, atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Sekiranya VINDA menghubungkan ke laman web pihak ketiga, pautan tersebut adalah untuk kemudahan pengguna sahaja dan VINDA tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan atau ketepatan maklumat yang terdapat dalam laman web tersebut.


VINDA tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa ganti rugi termasuk, tanpa batasan, ganti rugi untuk kehilangan keuntungan, gangguan perniagaan, atau kehilangan maklumat, yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan maklumat itu, walaupun VINDA telah dinasihatkan untuk kemungkinan kerosakan sedemikian.

 

VINDA tidak menjamin ketepatan atau kesempurnaan maklumat, teks, grafik, pautan atau perkara lain yang mungkin terkandung dalam maklumat ini. VINDA boleh membuat perubahan kepada kandungan ini, atau kepada produk yang digambarkan di dalamnya, pada bila-bila masa tanpa notis. VINDA tidak memberi komitmen untuk mengemas kini maklumat atau bahan lain yang dimasukkan dalam Laman ini.

 

Penyerahan Pengguna

Sebarang bahan, maklumat atau apa-apa komunikasi yang ada pindah atau pos di Laman ini akan dipertimbangkan tidak sulit, tidak eksklusif, Apa-apa bahan, maklumat atau komunikasi lain yang anda hantar atau pos ke Laman ini akan dianggap tidak bersifat rahsia, tidak eksklusif, tanpa royalti, tidak boleh dibatalkan, sepenuhnya boleh dilesenkan dan bukan proprietari ("Komunikasi" ) VINDA tidak akan mempunyai apa-apa kewajipan yang berkaitan dengan Komunikasi tersebut.

 

VINDA bebas untuk mendedahkan, menyalin, mengedarkan, menggabungkan dan/atau sebaliknya menggunakan mana mana komunikasi, bersama dengan semua data, gambar, bunyi, teks, dan perkara lain yang diwujudkan di dalamnya, untuk sebarang tujuan dan termasuk untuk tujuan komersial atau bukan komersial.  

 

Jika anda memasukkan data peribadi di Laman ini atau sebaliknya kepada VINDA, anda dengan ini bersetuju dengan penggunaan VINDA pada mana mana data unutk tujuan menilai maklumat anda dan untuk memasarkan produk dan servis VINDA, termasuk hak untuk memindahkan data kepada pihak negara ketiga dan memuat naik data peribadi anda di Internet. VINDA adalah bertanggungjawab dibawah Undang-Undang Malaysia untuk memproses data peribadi dan anda boleh menghubungi VINDA jika terdapat data yang salah atau isu lain yang berkaitan dengan data peribadi anda. 

 

Anda tidak boleh pos apa-apa Komunikasi yang boleh menyebabkan anda dianggap sebagai ’offensive’ atau kesat  dan melanggar privasi pihak lain, dianggap sebagai pemasaran komersial atau dengan cara lain yang dilarang atau tidak sesuai.  VINDA akan manghapuskan sebarang komunikasi apabila kami menyedari mengenainya dan kami berhak untuk mengeluarkan anda sebagai pengguna dari Laman atau servis kami. 

 

Untuk kegunaan perkhidmatan pihak ketiga, seperti Facebook, terma pihak ketiga juga boleh digunakan. Contohnya, Facebook menggunakan "Penyataan Hak dan Tanggungjawab" kepada semua pengguna dan pelawat ke Facebook, dan kami mengesyorkan anda membaca terma ini sebelum menggunakan mana-mana perkhidmatan pihak ketiga sedemikian. 

 

Lain

VINDA boleh mengubah Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa dengan mengemas kini siaran ini. 

 

VINDA berhak atas budi bicaranya sendiri, untuk (1) menukar Pernyataan Undang-Undang ini; (2) memantau dan membuang pos; dan / atau (3) ) menghentikan ketersediaan laman web, pada bila-bila masa tanpa notis.

 

Jika mana-mana terma, syarat, atau peruntukan Kenyataan Perundangan ini ditentukan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah, tidak sah, batal atau untuk apa-apa sebab yang tidak boleh dikuatkuasakan, kesahan dan keberkesanan syarat, syarat dan peruntukan selebihnya tidak akan terjejas dengan sedemikian.

 

Polisi Privasi

Di VINDA, dan anak syarikat kami, adalahkomited untuk melindungi privasi anda bedasarkan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi  Malaysia 2010  (“PDPA”). Polisi ini menjelaskan:

• Jenis data peribadi yangdi kumpulkan dan cara pengumpulan data tersebut 

• Bagaimana kami gunakan data peribadi anda

• parti yang akan kami dedahkan data peribadi ; dan

• Pilihan yang kami tawarkan, termasuk bagaimana untuk mengakses dan kemas kini data peribadi anda. 

Sila ambil perhatian bahawa jika anda memberikan data peribadi melalui Laman Web VINDA dan Syarikat Berkaitan (seperti yang ditakrifkan di bawah) pemprosessan data peribadi anda juga akan ditadbir oleh terma dan syarat termasuk polisi privasi yang dinyatakan disini. 

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda telah bersetuju kepada pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda oleh VINDA dan Syarikat Berkaitan mengikut polisi privasi kami yang dinyatakan disini. 

 

Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi yang akan kami kumpulkan termasuk:

·       • Maklumat peribadi yang mampu untuk mengenal pasti anda, secara langsung atau tidak langsung, dan termasuk tetapi tidak terhad kepada berikut: butir-butir peribadi anda seperti nama anda, NRIC/Nombor MyKad dan segala butiran yang terdapat di dalam NRIC/MyKad,  

• Maklumat seperti alamat bil, butiranberhubung (seperti nombor telefon, nombor telefon bimbit, nombor faks dan alamat emel) 

• Data peribadi dikumpul secara automatik yang dimana termasuk alamat IP (IP address) kuki internet dan masa akses.  

Kami mungkin juga mengumpul data peribadi yang sensitif yang berkaitan dengan perniagaan VINDA, produk atau servis, Data Peribadi yang sensitif merujuk kepada fizikal atau kesihatan mental atau keadaan, pendapat tentang politik , kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang ada sifat yang sama, perlakuan kesalahan atau data peribadi lain yang ditetapkan oleh Kementerian yang berkaitan. Kami akan mendapatkan persetujuan anda jika kami perlu mengumpul data tersebut.

Bagaimana kami mengumpul Data Peribadi anda. 

Data peribadi anda boleh dikumpul sama ada daripada anda, dari wakil anda yang dibenarkan, dari pihak ketiga, atau dari sumber yang tersedia secara umum yang mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

• Apabila anda mengambil bahagian dalam mana mana soal selidik atau kaji selidik, pertandingan, aplikasi atas talian atau borang permohonan, tawaran atau promosi dibuat secara dalam atau melalui parti ketiga yang dilantik 

• Apabila anda daftar untuk servis kami (sebagai contoh apabila anda hantar boring permohonan untuk menjadi pelanggan kami)

• Melalui wakil jualan VINDA di mana mana acara atau aktiviti pemasaran diadakan atau di taja oleh VINDA 

• Apabila anda mempunyai hubungan dagangan perniagaan dengan kami (contohnya, sebagai pembekal servis, atau rakan kongsi perniagaan)


Koleksi dan proses data peribadi anda mungkin wajib untuk tujuan menyediakan anda produk dan servis kami. Koleksi mungkin juga adalah untuk tujuan mematuhi undang-undang dan peraturan. Kami akan memaklumkan sama ada data peribadi diminta ialah wajib atau sukarela. Jika anda tidak menyediakan kami dengan data peribadi yang dimana ia diperlukan dan berkaitan untuk mengikut keperluan anda, hasilnya mungkin kami tidak dapat untuk memenuhi atau mematuhi permintaan atau keperluan anda. 

 

Kegunaan Data Peribadi

VINDA menggunakan data peribadi yang dikumpul untuk tujuan yang termasuk tetapi tidak terhad berdasarkan berikut:

 

Untuk memaklumkan anda dengan produk dan servis VINDA ;

• Untuk melengkapkan dan/atau proses perniagaan dan/atau transaksi komersial;

• Untuk berkomunikasi dengan anda;

• Untuk kemas kini laporan perniagaan kami;

• Untuk memproses atau membantu anda dalam sebarang pertanyaan atau aduan;

• Untuk menyediakan anda dengan maklumat produk dan servis VINDA dan maklumat terbaharu VINDA seperti promosi terbaharu, tawaran istimewa dan/atau pelancaran pemasaran berkenaan dengan produk VINDA;

• Untuk memperbaiki dan memajukan produk dan servis yang disediakan;

 •Untuk mengendalikan kajian pasaran, penyelidikan atau analisis statistik; 

• apa-apa lain tujuan yang berkaitan secara langsung kepada Tujuan diatas; 

• Untuk mematuhi dengan apa-apakewajipan dibawah undang-undang. 

 

Pendedahan Data Peribadi

Data peribadi yang dikumpul dan berkaitan kepada Tujuan pengumpulan mungkin dan/atau didedahkan tidak terhad kepada parti ketiga yang dinyatakan disini. Kami akan memaklumkan kepada anada dan jika kami akanmendedahkan atau telah mendedahkan data peribadi kepada parti ketiga atau mereka yang dinyatakan disini. 

 

• Sebarang perkara yang berkaitan tentang VINDA termasuk mana-mana syarikat induk dan anak syarikat VINDA bersama dengan biasanya dimiliki atau syarikat dikawal (secara kolektif “syarikat berkenaan”); kepada rakan kongsi perniagaan VINDA;

• Pengedar parti ketiga, sub-kontrator dan pembekal servis dilantik oleh VINDA atau syarikat berkaitan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan dan aktiviti secara langsung berkaitan dengan perniagaan VINDA; 

• Berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan, badan-badan kawal selia atau kepada mana-mana parti dimana VINDA atau syarikat berkaitan adalah diperlukan oleh undang-undnag atau arahan dari mahkamah. 

 

 

Pemindahan data peribadi keluar dari Malaysia 

Oleh kerana server dan sistem penyimpanan VINDA mungkin berada di luar Malaysia, data peribadi anda mungkin dan/atau telah dipindahkan kepada, disimpan, diguna dan di proses dalam bidang kuasa luar Malaysia. Selanjutnya, data peribadi anda mungkin dan/atau telah dikongsi dengan Syarikat Berkenaan yang dimana isa terletak di luar Malaysia bagi tujuan tersebut.  

 

Hak untuk mengakses data peribadi anda

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai dan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda juga boleh pada bila-bila masa meminta akses kepada atau pembetulan data peribadi anda, atau mendapatkan maklumat lanjut daripada VINDA dengan mengemukakan permintaan bertulis bersama-sama dengan bayaran yang ditetapkan RM2.00 untuk permintaan akses tanpa salinan data peribadi dan RM10.00 untuk akses dengan satu salinan; RM5.00 untuk akses kepada data peribadi sensitif anda (jika ada) tanpa salinan data peribadi yang sensitif dan RM30.00 untuk akses dengan salinan data peribadi sensitif anda (jika ada), dialamatkan kepada VINDA di alamat berikut :

 

VINDA MALAYSIA SDN BHD (320704-U)

2A Jalan Pelabur 23/1, Seksyen 23

40300 Shah Alam, Selangor

Emel: libressetouch@Vinda.com

Tel: (+603) 5521-7488

 

Sila masukkan nama anda, alamat, No MyKad, dan /atau emel apabila anda menghubungi VINDA. Anda hendaklah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada VINDA atas sebarang perubahan kepada data peribadi anda. Selanjutnya, jika anda ingin menarik diri dari persetujuan anda, menyekat atau mengehadkan sebarang aspek atau cara pemprosesan data peribadi anda, sila hantarkan permintaan bertulis kepada VINDA dengan menghubungi maklumat yang disediakan diatas oleh VINDA untuk pertimbangan. VINDA mempunyai hak untuk tidak membenarkan penarikan diri, penyekatan atau had memproses sekiranya berbuat demikian akan merosakkan mana-mana tujuan yang telah dinyatakan.