Jika anda sedang mengalami akil baligh anda mungkin menyedari beberapa perubahan pada badan anda seperti payudara dan pinggul anda yang semakin besar.

Anda juga akan mendapati bahawa terdapat beberapa perubahan yang ketara pada zon-V anda. Ini adalah bahagian yang hampir menyerupai bentuk V, bermula daripada bawah pusat anda hingga ke kelangkang anda.

Malah, mungkin sudah terdapat bulu kemaluan di bahagian itu sekarang – bulu yang lebih tebal dan lebih kasar berbanding dengan bulu di bahagian lain pada badan anda. Dan anda mungkin telah mendapati sedikit pelepasan keputihan – cecair yang jernih atau berkrim dengan bau yang tidak ketara. Jangan risau, ini semua adalah normal dan sesuatu yang dialami oleh semua gadis. Walaupun perubahan ini mungkin aneh, ia berlaku untuk sebab-sebab yang positif. Bulu kemaluan mengurangkan geseran supaya kulit pada bahagian intim anda tidak mengalami kerengsaan, manakala keputihan adalah cara badan mengekalkan kebersihan serviks dan kelembapan faraj anda bagi membantu mencegah jangkitan.

Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan adalah, sudah tentu, haid anda. Haid pertama biasanya tidak banyak, mungkin hanya sedikit darah yang dikenali sebagai ‘kesan’, atau ia mungkin berwarna gelap, hampir menyerupai warna coklat. Pada permulaannya, ia berlaku secara tidak konsisten, jadi anda tidak akan terus mendapat corak kitaran haid yang jelas atau yang boleh diramal. Sekali lagi, anda tidak perlu bimbang. Lama-kelamaan, haid anda akan teratur mengikut rutin yang tetap.

Mempunyai bulu kemaluan dan keputihan bermakna zon-V anda akan mempunyai bau yang lebih kuat berbanding sebelumnya kerana peluh dan bakteria boleh terkumpul dengan cepat di bahagian yang panas dan lembap. Ini bermakna rutin kebersihan yang baik adalah sangat penting. Anda akan sentiasa berbau segar dan berasa selesa jika anda mandi setiap hari dan memakai pakaian bersih dan seluar dalam kapas dengan ‘pengudaraan yang baik’. Apabila haid anda bermula, tukar perlindungan kebersihan anda (seperti pad, liner atau tampon) dengan kerap, dan gunakan pengelap bahagian intim, seperti Libresse V-Care Daily Purifying Intimate Wipes, untuk memastikan kebersihan diri anda.

Faraj boleh membersih dengan sendirinya, jadi tidak perlu membersihkan bahagian dalamannya (digelar sebagai ‘sembur cuci’). Malah, ini boleh membawa kepada keadaan seperti jangkitan kandida atau vaginosis bakteria, jadi elakkan daripada membersihkan bahagian dalam faraj anda. Anda juga mungkin mendapati bahawa sabun, gel mandi dan mandian berbuih yang mengandungi haruman boleh menyebabkan rasa sakit dalam faraj anda, jadi gunakan sabun yang tidak mengandungi haruman atau pencuci bahagian intim seperti Libresse V-Care Daily Purifying Intimate Wash Gel.

Untuk memastikan kebersihan dan keselesaan diri anda, lap zon-V anda selepas menggunakan tandas, seelok-eloknya dengan menggunakan Libresse V-Care Daily Purifying Intimate Wipes, dan kemudian keringkannya dengan menggunakan tisu tandas yang lembut. Pastikan bulu ari ari anda dipotong pendek atau dinyahbulu menggunakan wax untuk menjaga kebersihan zon-V anda dan mengehadkan peluh dan pertumbuhan bakteria. Pakai liners setiap hari, seperti Libresse V-Care Daily Purifying Liners, untuk mengekalkan kebersihan bahagian tersebut dan melindungi seluar dalam anda.