Intimate Wipes

Selepas akil baligh, penjagaan di bahagian intim anda menjadi  rumit sedikit daripada hanya menggunakan sabun dan air.

Oleh itu, ia adalah idea yang sangat baik untuk mempunyai rutin penjagaan bahagian intim bagi memastikan zon-V anda bersih. Ini bermakna apa jua cabaran hidup yang anda terpaksa lalui, anda boleh merasa yakin bahawa anda sentiasa segar dan selesa.

Untuk membolehkan anda menjalani hidup dengan lebih senang, terdapat beberapa produk hebat yang telah direka untuk membantu andamewujudkan rutin penjagaan zon-V anda sendiri, bergantung kepada keperluan khusus anda Berikut adalah beberapa produk yang anda mungkin ingin masukkan ke dalam senarai semak penjagaan bahagian intim anda:

Pencuci bahagian intim

Penting untuk mencuci zon-V anda dengan produk yang mesra zon-V, supaya anda tidak mengganggu keseimbangan pH faraj anda – ini merupakan masalah yang sering berlaku jika menggunakan sabun dan mandian berbuih dengan haruman. Pencuci bahagian intim adalah jawapannya. Ada pencuci bahagian intim yang amat elok untuk mencegah bauan, dan ada juga yang bagus untuk melegakan radang kulit atau menghidratkan kulit. Pencuci bahagian intim boleh didapati dalam bentuk gel, krim atau mousse, bergantung pada pilihan anda.

Pengelap bahagian intim

Pengelap bahagian intim menyegarkan zon-V anda, jadi anda berasa lebih selesa selepas menggunakan bilik mandi. Ia amat sesuai terutamanya ketika anda datang haid kerana ia dengan segera menyegarkan seluruh bahagian tersebut. Ia juga sesuai digunakan jika anda berada di luar untuk tempoh masa yang panjang – sebagai contoh, jika anda kerap mengunjungi pesta perayaan atau pekerjaan yang memerlukan anda untuk kerap mengembara.

Liners

Menggunakan liners setiap hari bermakna pakaian anda dilindungi daripada sebarang keputihan supaya anda berasa bersih dan yakin.

Pelbagai jenis produk penjagaan bahagian intim yang sedia ada bermakna terdapat produk yang sesuai untuk setiap orang.

Sekiranya anda sering bersukan, anda memerlukan pencuci bahagian intim yang boleh menangani peluh di zon-V anda untuk mencegah bakteria daripada terkumpul dan menyebabkan jangkitan. Jika anda seorang yang mengamalkan kehidupan yang sibuk, pengelap bahagian intim boleh membantu menjaga kebersihan zon-V anda apabila anda berada di luar menggunakan tandas awam dan terlalu awal untuk mandi.

Jika anda menghampiri menopaus, pencuci bahagian intim dengan ciri-ciri yang menghidratkan, akan bermanfaat untuk membantu menangani kekeringan faraj. Terdapat juga produk khusus yang sesuai untuk wanita yang mencukur atau menggunakan wax pada zon-V mereka yang dapat membantu melegakan dan mencegah iritasi pada bahagian tersebut selepas penyahbuluan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penjagaan bahagian intim dan produk khusus yang sesuai dengan gaya hidup anda, lihat ‘menjadikan penjagaan intim sebagai rutin harian anda’.

Terus belajar

Terus menerokai