Apabila anda mula menyedari keperluan untuk penjagaan bahagian intim sebagai sebahagian rutin kebersihan wanita anda, prospek memilih pencuci, liner atau tisu basah yang betul boleh mengelirukan.
Tetapi dengan mengetahui produk kebersihan bahagian intim yang baik untuk anda tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang sukar.
Anda boleh memudahkan keseluruhan proses tersebut dengan memikirkan gaya hidup anda dan cara ia mempengaruhi keperluan khusus anda untuk penjagaan bahagian intim. Kerana aktiviti yang anda lakukan sepanjang hari, tabiat dandanan dan peringkat kehidupan tertentu merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi rutin kebersihan bahagian intim anda.