Girl reading biology book

Apabila bercakap tentang kebersihan dan penjagaan bahagian intim, zon-V anda merujuk kepada bahagian kulit daripada bawah pusat anda di mana tempat pertumbuhan bulu kemaluan bermula hingga ke kelangkang anda (tetapi bukan di dalam faraj).

Kulit di zon-V anda memerlukan penjagaan khas kerana, sama seperti muka anda, ia halus dan perlu dibersihkan dengan teliti dan menggunakan cara yang lembut. Kesan faktor seperti peluh, dandanan dan keputihan di bahagian badan ini bermakna kebersihan adalah sangat penting.

Sebahagian besar zon-V anda ialah vulva (atau bahagian genital luaran), yang merangkumi lipatan perlindungan labia majora, labia minora, klitoris dan pembukaan faraj. Terdapat juga kelenjar sebum dan bulu kemaluan. Peluh dan keputihan boleh terkumpul di kawasan ini.

Bahagian dalam zon-V anda sememangnya lembab secara semula jadi. keputihan yang dihasilkan secara semula jadi menjadikannya sentiasa lembap, bersih dan pada paras pH yang tepat untuk melindungi bakteria yang baik serta memastikan kawasan intim kekal sihat.

Walaupun kelembapan adalah normal, rutin kebersihan yang tetap adalah penting untuk mencegah bau. Ini adalah kerana bakteria yang tidak sihat akan cepat terkumpul. Tambahan pula, kelembapan daripada peluh boleh menyebabkan ruam, gatal-gatal dan jangkitan bakteria atau kulat. Oleh itu, penggunaan pencuci bahagian intim dengan kerap amat penting.

Zon-V adalah berbeza dari segi kelebatan bulukemaluan, saiz dan bentuk vulva anda, dan jumlah peluh serta keputihan yang terhasil. Bergantung pada pilihan dandanan anda – sama ada menggunakan wax atau tidak – jenis iritasi yang anda mudah alami juga berbeza.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan zon-V seseorang wanita sepanjang hayatnya. Aktif secara seksual, menggunakan kontraseptif tertentu, melahirkan bayi dan menopaus boleh membuatkan seseorang wanita itu lebih mudah terkena pelbagai jenis iritasi, jangkitan dan keputihan yang tidak normal.

Ini termasuk jangkitan kandida (thrush), iaitu jangkitan yis yang menyebabkan kegatalan dan kesakitan sekitar labia, serta keputihan luar biasa yang pekat dan putih atau cair dan berair. Ia berpunca daripada beberapa sebab, termasuk stres, diet yang tidak baik dan penggunaaan tuala wanita atau tampon yang sama terlalu lama. Satu lagi jangkitan biasa ialah vaginosis bakteria, dengan simptom seperti keputihan yang cair, berwarna kelabu dan bau yang tidak menyenangkan. Walaupun ia bukan penyakit kelamin (STI), ia sering disebabkan oleh aktiviti seksual.

Untuk melindungi zon-V daripada jangkitan dan menjaga kebersihan serta keselesaan bahagian tersebut, ikutlah petua-petua ini untuk penjagaan bahagian intim harian. Elakkan daripada menggunakan sabun dan pembersih badan biasa yang mengandungi haruman. Sebaliknya, basuh dua kali sehari menggunakan sabun bahagian intim seperti ​Libresse V-Care Daily Purifying Intimate Wash Gel. Lap bahagian intim anda selepas setiap kali anda pergi ke tandas dengan menggunakan tisu basah intim, seperti Libresse V-Care Daily Purifying Intimate Wipes. Pastikan bulu kemaluan anda kerap dipotong atau gunakan wax di seluruh bahagian tersebut untuk membuang bulu kemaluan. Pakai liners setiap hari, seperti Libresse V-Care Daily Purifying Liners dengan Pure Clean Material™, untuk merasai kebersihan yang berpanjangan di bahagian intim.

Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang juga penting. Dengan mengehadkan pengambilan yis dan gula serta meminum banyak air, anda tidak sahaja mengurangkan potensi untuk mendapatkan jangkitan kandida (thrush) dan jangkitan zon-V yang lain, tetapi anda juga akan berasa sihat.

Terus belajar

Terus menerokai