woman in bathroom

Walaupun ia bukan sesuatu yang anda gemari tentang kewanitaan, keputihan merupakan sesuatu yang produktif dan bermanfaat.

Keputihan ialah cecair yang dihasilkan oleh kelenjar dalam faraj dan serviks anda. Ia berfungsi untuk mengekalkan kebersihan dan kesihatan organ reproduktif dengan menyingkirkan bakteria dan sel yang mati. Ini membantu mencegah jangkitan.

Tetapi keputihan juga mempunyai fungsi yang lain. Ia boleh memberitahu anda tentang masalah yang berpotensi. Apabila berlaku perubahan warna dan bau discaj yang anda dapati luar biasa, itu adalah cara tubuh anda memberi amaran kepada anda bahawa terdapat perubahan – dan kadang-kadang berkaitan dengan masalah kesihatan.

Keputihan yang sihat ialah jernih, berwarna kuning muda atau putih seperti warna susu, bergantung pada peringkat kitaran haid anda. Ia juga tidak mempunyai bau yang kuat. Ia biasanya lut sinar dan mengalir dengan banyak apabila anda sedang ovulasi. Ia akan berwarna discaj sebelum dan selepas haid. Semua ini adalah normal.

Jika keputihan anda berwarna kuning kehijauan, dan/atau berbau busuk, ini berkemungkinan tanda anda mempunyai jangkitan bakteria. Kegatalan, darah pada keputihan anda atau peningkatan jumlah keputihan yang banyak juga mungkin menandakan terdapat masalah. Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda ini, anda harus berjumpa dengan doktor kerana anda mungkin terkena jangkitan kandida (thrush) atau jangkitan lain.

Keputihan juga boleh berubah pada masa yang berlainan dalam hidup anda. Anda mungkin mendapati keputihan bertambah apabila anda sedang ovulasi, menyusu badan atau ketika nafsu seks terangsang. Anda juga mungkin perasan tentang perubahan bau discaj jika anda hamil.

Wanita yang mengalami menopaus kebiasaannya mempunyai keputihan di faraj yang sikit akibat tahap estrogen yang lebih rendah. Jarang sekali, keputihan faraj selepas menopaus boleh merupakan tanda kesihatan yang serius seperti jenis kanser tertentu. Jika ia berterusan atau disertai dengan sebarang kesakitan, penting untuk anda berjumpa doktor atau pakar sakit puan.

Seperti semua aspek kitaran haid dan kesihatan faraj anda, kehidupan anda akan bebas daripada tekanan jika anda dapat mengatur hidup dan bersedia menghadapinya. Gunakan lapisan pad yang nipis, seperti Kesegaran Setiap Hari Libresse, untuk melindungi pakaian anda daripada kelembapan keputihan, dan pastikan anda sentiasa menyimpan beberapa keping di dalam beg, laci meja atau di tempat lain yang sesuai.

Penafian perubatan

Maklumat perubatan dalam artikel ini disediakan sebagai sumber maklumat sahaja, dan tidak boleh digunakan atau diandaikan untuk sebarang tujuan diagnostik atau rawatan. Sila jumpa doktor anda untuk mendapatkan panduan mengenai keadaan perubatan tertentu.

Terus belajar

Terus menerokai