Bermula dari akil baligh, kebersihan bahagian intim adalah sangat penting. Dan bukan hanya kerana haid anda.

Ia juga kerana anda mula berpeluh lebih daripada sebelumnya, dan peluh mempunyai bau yang lebih kuat. Memastikan ketiak dan bahagian genital bersih berrmakna anda berbau segar dan berasa selesa.

Sudah tentu, mengekalkan kebersihan peribadi semasa haid anda adalah sangat penting. Selain daripada inginkan bahagian genital yang bersih dan segar, kaum wanita lebih mudah terkena jangkitan bakteria semasa datang haid. Ini disebabkan oleh perubahan keseimbangan pH faraj. Oleh itu, mencuci bahagian genital dua kali sehari bukan hanya bermakna anda yakin bahawa anda berbau segar, tetapi anda juga tidak menghadapi risiko terkena jangkitan.

Basuh bahagian genital anda dengan air suam. Jangan gunakan gel mandian, mandian berbuih atau sabun yang mengandungi haruman yang boleh mengeringkan membran mukus faraj yang mudah terkesan dan mengganggu keseimbangan pH yang cukup sensitif. Hanya gunakan sabun yang tidak mengandungi haruman atau hanya gunakan air. Dan basuh bahagian tersebut dengan bersih seperti yang biasa anda lakukan – untuk bahagian luar badan anda. Membasuh bahagian dalaman faraj (dikenali sebagai ‘sembur cuci’) merupakan idea yang sangat teruk, walaupun anda sedang datang haid.

Pastikan anda memakai seluar dalam bersih setiap hari dan menukar tuala wanita anda dengan kerap untuk mengelakkan bau haid. Sama ada anda menggunakan tuala wanita seperti Pad Libresse atau tampon semasa haid anda, tukar perlindungan anda empat hingga lima kali sehari, atau lebih kerap apabila aliran haid anda sangat banyak – iaitu, semasa dua hari pertama haid anda. Dan gunakan tuala waktu malam yang lebih tebal seperti Libresse Maxi Night Wings apabila anda tidur, supaya anda tetap dilindungi daripada kebocoran, dan pakaian tidur serta cadar anda tetap segar.

Semasa dalam haid, adalah lebih baik untuk jangan memakai pakaian yang ketat atau kain yang tidak ‘telus udara’, seperti kain sintetik, kerana ia boleh menyebabkan peningkatan kelembapan dan suhu, yang menggalakkan pembiakan bakteria. Hanya pakai seluar dalam buatan kapas dan pakaian yang longgar untuk kekal segar dan kering. Dan elak daripada menggunakan deodoran faraj atau pembersihan bahagian dalam intim – produk ini tidak perlu dan sebenarnya boleh menyebabkan iritasi.

Petua lain termasuk menukar seluar dalam dan pakaian selepas bersukan kerana pangkal paha yang berpeluh boleh membuatkan anda berasa dan berbau tidak menyenangkan. Dan apabila anda mengelap bahagian intim selepas menggunakan tandas, pastikan anda lap dari depan ke belakang untuk mengelakkan pemindahan bakteria berbahaya ke faraj anda.    

Dan jika anda masih bimbang tentang bau haid, jangan lupa bahawa ia adalah normal bagi faraj anda untuk mempunyai sedikit bau tersendiri yang tidak ketara. Jika anda menjaga diri anda dengan bersih tetapi masih mendapati bau yang kuat, berjumpalah doktor kerana anda mungkin terkena jangkitan.

Lakukan seperti yang dinasihatkan di atas dan anda pasti kekal segar dan selesa setiap hari.