Libresse_2019_26_Exercises_to_Ease_Period_Pain_032 f3 no crop CMYK.tif

Walaupun bersenam mungkin merupakan perkara terakhir yang anda ingin lakukan semasa haid, terdapat banyak sebab yang menjadikan ia satu idea yang baik.

Bersenam meningkatkan peredaran darah di bahagian pelvis. Ini bermakna kesakitan haid dapat dikurangkan. Ia juga meningkatkan emosi keseluruhan anda supaya anda dapat menangani sebarang cabaran daripada kitaran haid anda dengan lebih baik.

Sudah tentu pergi ke gim semasa menempuhi haid yang sakit itu agak sukar tetapi terdapat banyak alternatif lain. Berjalan jauh, berenang secara santai atau melakukan senaman yoga dapat mengurangkan ketidakselesaan dan membantu anda berasa lebih positif. Dalam suatu kajian ke atas atlet wanita yang terbaik, hampir tiga daripada empat atlet berkata mereka berasa lebih teruk pada hari-hari sebelum menstruasi. Namun demikian, 63 peratus berkata kesakitan mereka berkurangan semasa menjalani latihan [1]. Aktiviti senaman atau fizikal juga akan membuat anda berasa lebih baik secara keseluruhan kerana senaman merangsang pengeluaran endorfin dalam badan anda. Hormon yang merangsang kelegaan ini bukan hanya melegakan simptom PMS, tetapi ia juga meningkatkan kualiti tidur anda.

Bersenam juga dapat menangani rasa kembung yang anda alami semasa haid anda. Tahukan anda bahawa tidak pelik untuk seseorang wanita menampung air berlebihan sebanyak dua hingga lima liter semasa kitaran haid mereka [2]? Mengidamkan makanan yang tidak sihat adalah sesuatu yang lazim sebelum menstruasi, tetapi pengambilan makanan ini secara berlebihan tidak membantu mengurangkan rasa kembung. Pengambilan berlebihan makanan yang tinggi gula dan tinggi lemak bukan sahaja berkemungkinan membuat anda berasa tidak selesa dan tidak sihat secara fizikal, tetapi ia juga akan menyebabkan anda berasa muram dan tidak bertenaga. Tetapi apabila anda berpeluh - seperti selepas latihan senaman yang baik - air akan hilang dari badan anda dan melegakan rasa kembung. Tambahan lagi, emosi anda akan bertambah baik, anda lebih bertenaga dan anda berasa 100 peratus lebih baik mengenai diri anda.

Tahukah anda?

63%
daripada atlet wanita terbaik berkata kesakitan haid berkurangan semasa berlatih
75%
atlet wanita terbaik berasa lebih teruk sebelum menstruasi
2-5
liter: jumlah purata air yang dikekalkan dalam badan sebelum datang haid

Risau mengenai kebocoran, gelinciran atau geseran? Jangan risau. Apabila bersenam ketika haid, pakai tuala wanita yang mempunyai daya serapan yang tinggi dan yang mengikut bentuk badan anda. Anda hanya perlu pastikan anda mandi dan tukar tuala wanita anda - serta seluar dalam - selepas itu, supaya bau haid tidak menjadi masalah.

Jika anda mengalami aliran haid banyak (menoragia), mungkin lebih baik untuk tidak melakukan senaman lasak seperti kickboxing semasa aliran terbanyak anda. Sebaliknya, cuba kekal aktif secara fizikal dengan berjalan dengan pantas atau menunggang basikal. Dan jika anda bersenam di rumah, pastikan anda melibatkan beberapa pergerakan menghadap ke bawah bagi membantu melegakan senggugut haid.

Bersenam semasa haid anda - menyingkir mitos

Ilustrasi seorang wanita sedang mengikat tali kasutnya - Libresse
Mitos 1: Tidak selamat untuk bersenam ketika dalam haid.

Sebenarnya: Bersenam ketika haid bukan sahaja selamat, malah ia digalakkan oleh para pakar, dengan syarat ianya tidak dilakukan secara keterlaluan.

Ilustrasi seorang wanita mengambil berat badannya pada mesin timbang berat - Libresse
Mitos 2: Berat badan anda akan meningkat sebelum kedatangan haid anda.

Sebenarnya: Sebenarnya, ia cuma pengekalan air yang akan hilang apabila haid anda bermula. [2]

Ilustrasi telefon bimbit dan pengira kalori - Libresse
Mitos 3: Anda membakar lebih kalori jika anda bersenam semasa menstruasi.

Sebenarnya: Tidak. Tetapi anda akan membakar lebih banyak kalori jika anda bersenam semasa fasa luteum dalam kitaran anda, sebelum kedatangan haid. [3]

Terus belajar

Terus menerokai