Ilustrasi seorang wanita memeluk sebotol air panas - Libresse

Salah satu aspek menstruasi yang paling tidak menyenangkan ialah senggugut.

Kebanyakan wanita - kajian mencadangkan sehingga 80% [1] - mengalami kesakitan atau ketidakselesaan sebelum dan semasa haid mereka, dan ini disebabkan terutamanya oleh uterus (rahim) yang menguncup untuk menyingkirkan lapisan rahim.

Kesakitan ini, yang terasa seperti senggugut, merupakan sesuatu yang biasa dialami apabila haid hampir tiba. Lazimnya, ia berlanjutan selama satu atau dua hari. Ia boleh berlaku di bahagian pelvis, belakang, paha atau perut. Kesakitan haid biasanya mula dirasai betul-betul di bawah pusat dan memarak ke arah paha dan belakang anda. Tahap keseriusan kekejangan haid ini berbeza untuk setiap wanita. Dalam sesetengah kes, ia merupakan sakit yang ringan. Dalam kes yang lain, ia boleh menjadi teruk dan boleh juga menyebabkan muntah. Simptom-simptom lain termasuk najis yang cair, sakit kepala dan pening. Sememangnya tidak menyeronokkan.

Mengetahui cara untuk menghentikan kekejangan haid akan banyak mempengaruhi perasaan seseorang wanita itu terhadap haidnya. Walaupun kebanyakan wanita mendapati bahawa kesakitan haid tidak dapat diabaikan, terdapat beberapa langkah mudah yang akan membantu mengurangkannya.

1230x615_Pain-anatomy_MY.jpg

Ubat tahan sakit yang dibeli di kaunter boleh menghentikan senggugut yang barubermula, tetapi ia tidak boleh diambil ketika perutkosong, atau diambil dengan segelas susu, untuk melindungi lapisan perut. Dan walaupun ia bukanlah sesuatu yang anda mahu lakukan ketika itu, senaman - sungguhpun hanya berjalan - membantu meningkatkan peredaran darah, tahap oksigen dan tahap endorfin (penahan sakit dan hormon rasa baik semula jadi). Kesemua ini membantu badan untuk berehat. Urut dan haba juga akan melonggarkan otot anda, jadi mandi air panas, atau bertuam menggunakan botol air panas adalah disyorkan. Ais krim juga boleh membantu - bukan dari segi perubatan, tetapi hanya untuk membuat anda berasa gembira.

Dalam sesetengah kes, haid yang menyakitkan - atau dismenorea - boleh menimbulkan masalah dalam kehidupan anda. Satu kajian melaporkan bahawa sehingga 14% wanita tidak dapat keluar bekerja kerana kesakitan haid [2]. Tetapi tidak perlu menderita. Sekiranya kekejangan haid anda teruk, jumpalah doktor. Dalam sesetengah kes, kontrasepsi hormon boleh mengurangkan kesakitan haid. Kadang-kadang, kesakitan haid disebabkan oleh keadaan kesihatan yang tersembunyi, seperti penyakit endometriosis atau radang pelvis. Tetapi jika tiada keadaan kesihatan yang tersembunyi, kesakitan haid yang kuat biasanya akan berkurangan apabila usia wanita meningkat, dan juga selepas mereka melahirkan anak.

Terus belajar

Terus menerokai

Kongsi Tweet