Adakah anda suka reka bentuk laman web kami?

Terima kasih atas pendapat anda!               
Seorang wanita berbaring di atas sofa sambil memegang perutnya - Libresse

Pada satu masa, satu perempat wanita dalam lingkungan usia subur sedang mengalami menstruasi. Namun demikian, masih terdapat banyak kekeliruan mengenai cara haid mempengaruhi kehidupan wanita.

Selama berkurun lamanya, terdapat banyak budaya mempercayai bahawa seorang wanita yang datang haid adalah ‘tidak suci’. Ini sememangnya tidak masuk akal langsung, tetapi sehingga hari ini kepercayaan ini masih wujud - di samping pelbagai desas-desus dan mitos lain yang tidak membantu. [1]

Mari kita jelaskan perkara ini. Tiada apa yang ‘kotor’ atau ‘tercemar’ jika anda sedang datang haid dan tiada apa yang menghalang anda untuk menjalani kehidupan mengikut kehendak anda. Mari kita jelaskan satu demi satu pelbagai tanggapan yang salah dan separuh benar yang anda mungkin pernah dengar.

Jangan khuatir

Ilustrasi sirip ikan jerung dalam laut - Libresse
Mitos 1: Wanita yang datang haid sering diserang oleh ikan jerung.

Tidak terdapat sebarang bukti untuk menyokong ini. Memang benar bahawa ikan jerung tertarik kepada darah. Tetapi jumlah yang anda keluarkan adalah amat sedikit, terutamanya apabila ia bercampur dengan air. Ikan jerung perlu berada hampir-hampir bersebelahan dengan anda untuk mengesannya [1]. Jadi berenang ialah aktiviti yang selamat ketika anda dalam haid, sama seperti berada berdekatan dengan haiwan lain dengan kesedaran tentang keselamatan, seperti biasa.

Ilustrasi seorang wanita dan rambutnya pada latar belakang berwarna firus - Libresse
Mitos 2: Anda tidak boleh membasuh rambut anda semasa datang haid.

Ini adalah ‘cerita dongeng’ - dalam erti kata lain ia sesuatu yang mengarut. Basuh rambut anda sekerap yang anda suka.

Ilustrasi seorang wanita yang menutup muka dengan tangannya - Libresse
Mitos 3: Kehilangan darah semasa haid boleh membuat anda pitam.

Darah haid nampak jauh lebih banyak daripada yang sebenarnya. Secara purata, anda hanya kehilangan dua hingga tiga sudu besar darah setiap kali anda datang haid. Jadi melainkan jika anda mengalami haid yang sangat banyak (menoragia), anda tidak perlu risau tentang menjadi lemah - walaupun simptom lain seperti PMS boleh menjejaskan kesejahteraan keseluruhan anda. Berbincanglah dengan doktor anda jika anda merupakan seorang daripada 10 peratus wanita yang mengalami aliran haid banyak [2], dan aliran anda begitu banyak sehingga anda berasa pening atau mahu pitam apabila anda berdiri.

Ilustrasi seorang wanita sedang melakukan yoga dengan latar belakang berwarna firus - Libresse
Mitos 4: Bersenam ketika dalam haid adalah tidak baik untuk anda.

Ia adalah sebaliknya. Bersenam sebenarnya adalah satu daripada perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk meredakan senggugut haid. Anda mungkin tidak mahu menyertai apa-apa senaman berat, tetapi pergerakan ringan seperti berjalan, berenang, Pilates atau yoga boleh meningkatkan emosi anda dan membantu melegakan sakit badan anda. Anda cuma perlu ingat untuk menggunakan tampon bila berenang dan menukarnya dengan segera selepas anda keluar dari kolam renang untuk mengelakkan jangkitan.

Ilustrasi sebuah speakerphone pada latar belakang berwarna turqoise- Libresse
Mitos 5: Orang lain boleh tahu jika anda dalam haid.

Tidak terdapat sebarang petunjuk bahawa anda sedang dalam haid. Bau dan cara anda berjalan tidak ada perbezaan dan tona kulit anda tidak berubah. Namun, anda tidak sepatutnya merasakan perlu untuk menyembunyikan fakta tersebut. Kini, para gadis lebih bersikap terbuka tentang menstruasi dan simptom PMS serta senggugut. Malah, anda mungkin mendapati bahawa bersikap terbuka tentang haid anda, sekurang-kurangnya dalam kalangan rakan perempuan anda, dapat membantu. Lagipun, mereka juga mengalaminya.

Terus belajar

Terus menerokai

Kongsi Tweet