Jumlah darah yang hilang semasa haid berbeza dari seorang wanita ke wanita yang lain, seperti kebanyakan aspek kitaran bulanan anda.

Secara purata, jumlah darah sepanjang haid anda adalah lebih kurang dua hingga tiga sudu besar. Tetapi ingat - ia kelihatan seperti lebih daripada itu. Jadi sesuatu yang mungkin kelihatan seperti jumlah aliran haid yang banyak sebenarnya adalah sangat normal. Dan jangan lupa bahawa apabila haid anda bermula, ia mengambil sedikit masa untuk ia menjadi teratur.

Aliran haid dianggap banyak jika tuala wanita anda lencun setiap jam untuk beberapa jam berturut-turut. Simptom aliran haid banyak yang lain termasuk gumpalan darah yang besar semasa haid atau terdapat darah pada pakaian atau katil anda.

Faktor yang memberi kesan terhadap jumlah aliran darah haid anda adalah tahap stres, diet, tahap hormon, pilihan kaedah kontrasepsi dan faktor keturunan. Selain itu, sama ada anda pernah melahirkan anak atau tidak juga merupakan satu faktor. Jika anda berasa risau anda mengalami haid tidak teratur, berbincanglah dengan doktor atau jururawat sekolah anda.