Haid anda baru bermula? Jangan risau jika ia belum teratur - ini bukanlah satu tanda bahawa terdapat masalah.

Malahan, kitaran haid selalunya mengambil sedikit masa untuk menunjukkan sesuatu corak yang tetap. Dan apabila ia berlaku, corak itu adalah unik kepada anda.

Kitaran haid, yang dikira daripada hari pertama haid anda hingga sehari sebelum haid seterusnya bermula, tidak sama bagi setiap wanita. Kitaran purata ialah 28 hari tetapi ia mungkin sesingkat 21 hari atau menjangkau sehingga 35 hari. Tempoh aliran darah haid keluar juga adalah antara dua hingga tujuh hari.

Aliran haid sepatutnya akan menjadi normal selepas beberapa bulan pertama kitaran anda, tetapi ia boleh juga mengambil masa sehingga setahun. Berjumpa dengan doktor jika anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur atau ‘kesan darah’ dalam tempoh antara kedatangan haid - yang juga dikenali sebagai ‘pendarahan yang tidak normal’. Sebab-sebab kelewatan kedatangan haid adalah tekanan, melakukan aktiviti sukan secara berlebihan, penurunan berat badan yang mendadak, pengambilan pil perancang atau kehamilan.