Adakah anda suka reka bentuk laman web kami?

Terima kasih atas pendapat anda!               
Ilustrasi seorang wanita duduk di atas katil dengan latar belakang berwarna firus- Libresse

Besar kemungkinan apa yang anda telah mula rasa pada badan ialah badan anda sedang mengalami pelbagai perubahan. Hal ini dipanggil akil baligh.

Perkara ini berlaku apabila badan anda berubah dari badan seorang kanak-kanak kepada badan seorang dewasa. Salah satu daripada perubahan terbesar yang anda akan alami ialah haid, apabila aliran darah haid anda bermula. Jika anda berasa cemas mengenainya, ingatlah anda tidak keseorangan. Ia adalah sesuatu yang dialami oleh semua gadis. Selepas beberapa bulan, kami pasti anda akan dapat menghadapi haid dengan lebih baik. Tetapi sehingga itu, kami mahu membantu anda untuk berasa lebih tenang dan lebih bersedia dengan menjawab beberapa soalan lazim.

Tahukah anda?

28
hari kitaran purata
4-5
bilangan hari purata untuk aliran darah haid
4
sudu besar jumlah purata darah

Apa itu haid?

Haid adalah sesuatu yang terjadi apabila badan anda cukup matang untuk hamil. Setiap bulan, lapisan uterus (rahim) anda yang mengandungi tisu menjadi lebih tebal dan telur (yang digelar sebagai ovum) akan dilepaskan daripada ovari anda. Jika telur tersebut disenyawakan oleh sperma, tisu tersebut akan kekal di tempatnya bagi memudahkan proses kehamilan. Tetapi jika telur tidak disenyawakan, badan anda akan menggugurkan tisu tersebut melalui faraj. Tisu tersebut ialah darah yang anda lihat dan proses bulanan ini dipanggil menstruasi.

Bilakah anda akan mendapat haid pertama anda?

Kebanyakan gadis mula mendapat tanda-tanda haid pertama dan mula bermenstruasi antara umur 11 dan 14 tahun, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa antara umur lapan dan 16 tahun. Perlu ingat bahawa setiap orang berbeza, jadi umur biasa untuk datang haid bagi kawan-kawan anda mungkin tidak sama dengan anda. Anda akan didatangi haid sehingga anda berumur sekitar 50 tahun apabila anda mula mengalami sesuatu yang dipanggil menopaus. Ia adalah apabila badan anda tidak lagi bermenstruasi dan tidak berupaya untuk hamil lagi.

Apakah tanda-tanda haid pertama anda?

Adakah anda tahu perubahan yang kita sedang bincangkan? Jika anda merasakan payudara anda bertambah besar, bulu mula tumbuh di bahagian intim dan jika anda mendapati keputihan bewarna putih pada seluar dalam anda, ini bermakna badan anda akan mengalami haid yang pertama tidak lama lagi. Apabila ia bermula, anda mungkin juga akan mengalami sindrom sebelum menstruasi (PMS). Hal ini menyebabkan simptom seperti kesakitan haid (senggugut di perut anda), rasa murung, kembung, sakit belakang, berat badan meningkat dan jerawat mula tumbuh.

Berapa lamakah tempoh haid pertama?

Tempoh purata untuk aliran darah haid adalah antara empat atau lima hari, tetapi haid anda boleh berterusan selama tiga hingga lapan hari. Diingatkan sekali lagi, setiap individu berbeza. Haid adalah sebahagian daripada kitaran haid anda yang bermula pada hari pertama aliran darah keluar dan tamat pada hari sebelum haid seterusnya bermula. Purata kitaran ialah 28 hari tetapi ia mungkin akan menjadi lebih pendek atau lebih panjang.

Berapa banyakkah aliran darah haid yang dianggap normal?

Walaupun darah itu kelihatan banyak, tetapi kemungkinan besar ia tidak melebihi dua atau tiga sudu besar. Adalah normal untuk mengalami aliran darah haid yang lebih banyak pada beberapa hari pertama ketika anda datang haid.

Terus belajar

Terus menerokai

Kongsi Tweet
Lebih lanjut