Adakah anda suka reka bentuk laman web kami?

Terima kasih atas pendapat anda!               
Ilustrasi otak dengan emosi dan perasaan yang berbeza pada latar belakang berwarna biru - Libresse

Sekiranya anda dapat mengintai ke dalam otak anda, anda akan melihat pendawaian semula yang rumit seolah-olah seperti semangkuk spageti. Pada bila-bila masa antara umur 11 dan 27 tahun (ya!) terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam otak anda. Ini sering mencetuskan emosi yang sukar ditangani dan tingkah laku yang anda tidak dapat kawal.

Kami meneliti perubahan ini dan membincangkan mengenai cara anda boleh terus bertahan melalui detik-detik sukar dan lancar.

Fungsi otak

 
Sebenarnya, ia sedang mengalami perubahan pesat. Malah, kali terakhir ia melakukan sesuatu yang begitu menakjubkan adalah ketika anda berada di dalam rahim ibu anda.

Apa yang tidak kena dengan saya?

Apabila anda tidak dapat meramalkan perasaan anda menjadikan anda berasa sunyi atau tertekan, anda sebenarnya hanya cuba menangani pelbagai emosi baharu. Bahagian otak remaja anda yang sepatutnya dapat mengatur emosi dan kelakuan anda masih sedang dibentuk.

Lobus frontal – yang mengawal gerak hati, cara anda bertindak balas terhadap situasi tertentu dan cara anda mengaturkan hidup anda – ialah bahagian terakhir yang ditambah baik sebagai persedian untuk melangkah ke alam dewasa. Jadi, jika anda merasa anda tidak dapat mengutamakan perkara-perkara yang perlu dilakukan, atau mendapati bahawa perkara yang benar-benar menyakiti atau mengganggu anda pada masa itu tidak lagi merupakan masalah besar, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan langsung. Begitu banyak perkara yang perlu anda hadapi! 

Situasi harian tertentu – seperti tidak dapat mencari seluar jean kegemaran anda, atau seorang rakan yang tidak menjawab mesej anda – boleh membuat anda menangis kerana kecewa.  Perkara-perkara kecil dengan cepat boleh bertukar menjadi masalah besar apabila otak anda tidak dapat membantu anda menenangkan diri. 

Jangan salahkan diri anda sendiri, tetapi carilah jalan bagi membantu mengatasi masalah tersebut. Seperti bersiar-siar di luar, menghubungi rakan, melontar mainan lembut ke hujung bilik anda – atau menggunakan aplikasi meditasi.

3000x1200_Teens_Explorer_Article 4_secondary image 1_Anxiety and other uncomfortable feelings.png

Keresahan dan perasaan tidak selesa yang lain

Anda mungkin mengalami sesetengah perasaan buat pertama kali. Dan ia agak menakutkan. Sebagai contoh, berasa resah. Perkara yang mungkin membuat anda berasa gementar, menyebabkan tapak tangan anda berpeluh, atau menjadi punca anda menggigit kuku anda. 

Anda mungkin tahu apa yang menyebabkan anda mengalami perasaan tertentu (peperiksaan? masalah dengan rakan?). Tetapi kadang-kadang ia mungkin tidak begitu mudah untuk menanganinya. Perasaan merupakan perkara yang licik - ia boleh menjelma tanpa sebarang alasan tertentu, mengganggu tidur anda, atau menjadikannya sukar untuk anda menumpukan perhatian. 

Ketahui apa yang mungkin menyebabkan anda mempunyai perasaan tertentu dengan membuat catatan diari. Sekiranya anda tidak begitu teratur, tulis nota dalam telefon anda untuk mengenal pasti corak kelakuan. Apabila anda dapat mengenal pasti perasaan tertentu pada peringkat awal, ia akan menjadi lebih mudah untuk menghentikannya sebelum ia menjadi sukar untuk ditangani. Lama-kelamaan anda akan mengetahui perkara yang boleh membantu anda mengatasi perasaan ini. Dan ingat – berkongsi keresahan anda dengan orang lain mungkin dapat membantu meringankan beban anda.

Perasaan anda tidak menentukan siapa anda.

Hanya kerana anda telah merasa muram untuk beberapa hari, tidak bermakna anda akan sentiasa berasa begitu. Atau hanya kerana anda telah banyak menengking baru-baru ini, tidak bermakna anda akan sentiasa berasa marah. 

Jangan terlalu tegas dengan diri sendiri apabila anda menyesali tingkah laku anda. Pandang ke hadapan dan belajar daripada kesilapan adalah lebih baik daripada berasa kecewa dengan diri anda sendiri berulang kali. Mengenang masa lampau tidak akan membantu ‘melenyapkan’ sesuatu yang telah berlaku. Jadi, minta maaf jika anda perlu, dan teruskan. Ingat, orang yang paling munasabah di dunia juga mengeluarkan kata-kata yang mereka tidak maksudkan, atau membuat keputusan yang tidak bijak dari semasa ke semasa. Inilah sifat manusia. Ia adalah biasa, terutamanya semasa akil baligh.

3000x1200_Teens_Explorer_Article 4_secondary image 2_Me, myself and I.png

Saya, diri saya dan aku

Harga diri. Keyakinan diri. Penerimaan diri. Kita dinasihatkan untuk membina semua sifat-sifat ini jika kita ingin bahagia. Tetapi bukan hanya kerana kita disuruh untuk berbuat sesuatu, ia tidak bermakna perkara itu mudah untuk dilakukan.

Keyakinan kita boleh tergugat semasa akil baligh. Apabila otak kita mengalami perubahan, perasaan yang menyusul menyukarkan kita untuk memastikan identiti kita, perkara-perkara yang kita boleh lakukan dengan baik, dan cara kita sepatutnya bertindak.

Kadang-kadang kita menilai diri kita sendiri jauh lebih tegas berbanding cara kita menilai rakan kita. Mengapa tidak anggap  diri anda sebagai seorang rakan, seseorang yang patut didorong dan dihormati? Sebelum suara di kepala anda mengambil alih dan berkata, “Saya tidak cukup baik,” tanya diri anda sama ada anda akan berkata atau berfikir perkara yang sama tentang seseorang yang anda sayangi. 

Masalah biasanya membebankan kita dan mempengaruhi fikiran kita, jadi bila anda rasa tertekan, ia membantu untuk membayangkan masalah itu boleh ditangani – dan bukan hanya bermain di kepala anda. Apabila anda bertahan, anda akan rasa diperkasakan oleh keupayaan anda untuk mengatasi kebimbangan anda.

3000x1200_Teens_Explorer_Article 4_secondary image 3_ Why aren’t I happy with my reflection.png

Mengapa saya tidak berasa gembira dengan bayangan saya?

Kita telah meneliti cara badan anda berubah semasa akil baligh di sini. Kadang-kadang, apabila bangun dari tidur di waktu pagi, ia terasa seperti kita bukanlah individu yang sama pada malam sebelumnya.  

Perasaan kita terhadap tubuh kita boleh memberi impak kepada perasaan kita secara umumnya. Sekiranya anda tidak sukakan penampilan anda, ia mungkin kerana anda membandingkan diri anda dengan orang lain, dan otak anda memberitahu anda bahawa terdapat kekurangan dalam diri anda. 

Tetapi kecantikan bukan hanya mengenai wajah kita. Kita tertarik kepada orang (dan mereka tertarik kepada kita) disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti sifat lucu mereka, bau mereka, malah gaya unik mereka – terdapat berjuta perkara yang tidak boleh dirakam oleh gambar semata-mata.

Daripada membandingkan diri anda dengan orang lain, atau melihat apa yang tidak anda sukai, kejutkan diri anda dengan mengenal pasti perkara yang anda banggakan: apakah ciri kegemaran anda? Apa yang menjadikan anda unik? Badan kita merupakan kejayaan kejuruteraan yang hebat. Fokus pada apa yang boleh dilakukan oleh tubuh anda, bukan pada penampilannya sahaja.

Anda mungkin mempunyai kaki atau jari yang pantas – sesuai untuk sukan, menari, bermain alat-alat muzik atau permainan video. Anda mungkin mempunyai mata tajam yang memerhatikan setiap butiran kecil dalam pakaian seseorang, atau daya tarikan antara dua orang dalam rancangan TV realiti. Mungkin telinga anda sangat tajam sehingga anda boleh mendengar semua emosi dalam suara seseorang. Atau anda mungkin mempunyai paru-paru yang kuat yang membolehkan anda lari merentas desa pada musim sejuk, atau berenang jarak jauh. 

Walau apapun, badan anda bersedia membantu anda melakukan perkara yang anda gemari. Beri ia keyakinan dari semasa ke semasa!


GIF seorang gadis yang nampak kecewa dan sedang memakan ais krim di sofa - Libresse

Tidak tahu bagaimana perasaan anda, atau mengapa? Ia perlukan latihan.

Rasa sepi, marah, gembira, sedih? Sukar untuk menentukan emosi anda semasa akil baligh. Tetapi jika anda berlatih menamakannya, anda akan lebih cepat mengenalpastinya.
 
Bayangkan bila anda berasa muram. Anda tidak tahu mengapa.  Anda makan beberapa keping biskut, tetapi itu tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut. Jadi anda mengurung diri di bilik tidur. Ini sebenarnya menjadikan anda lebih sedih dan berasa sunyi. 
 
Sekarang bayangkan bahawa anda tidak pergi ke bilik tidur anda. Sebaliknya anda menerima hakikat bahawa anda berasa sedih dan tidak tahu mengapa. Anda memilih untuk berkongsi perasaan anda dengan seseorang yang rapat dengan anda, seperti ibu atau ayah anda. Dan mereka membantu anda mengenal pasti sesuatu yang boleh membantu anda menangani emosi tersebut, atau mereka memberikan anda pelukan dan menjadikan perasaan sunyi anda berkurangan. Lebih baik, bukan?
3000x1200_Teens_Explorer_Article 4_secondary image 5_Keep on talking.png

Teruskan berbual

Apabila anda dapat mengenal pasti emosi anda, cuba teruskan perbualan tersebut. Kongsikan perasaan anda, walaupun sukar untuk anda meluahkan pada mulanya.  Dengan berbincang, anda membolehkan orang lain memahami keadaan anda supaya mereka dapat memberi sokongan kepada anda dengan lebih baik. Tulis mengenai perasaan anda dalam diari, surat atau karangkannya dalam lagu atau puisi. Jika berbincang merupakan sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan pada waktu ini, coretan atau lukisan adalah cara yang bagus untuk meluahkan perasaan anda. 
 
Sekiranya anda berasa sedih setiap masa, atau mengalami keresahan atau kemurungan akut, anda mungkin memerlukan bantuan khusus untuk tempoh yang lebih panjang. Sepertimana apa-apa yang berada dalam kepala anda (tetapi mempengaruhi setiap segi kehidupan anda), ia memerlukan keberanian untuk memberitahu seseorang tentang apa yang berlaku kepada anda. 
 
Tetapi jika anda rasa tersepit sekian lama, bercakap dengan seseorang yang anda percayai merupakan langkah pertama untuk mendapatkan sokongan yang anda perlukan. 

[Sumber]

http://www.telegraph.co.uk/news/health/children/11739219/Revealed-Inside-the-mind-of-a-teenager.html

Terus belajar

Terus menerokai

Kongsi Tweet