Adakah anda suka reka bentuk laman web kami?

Terima kasih atas pendapat anda!               
Hormon graf mikro

Banyak kali hormon dipersalahkan, tetapi apakah ia sebenarnya?

Hormon ialah pembawa mesej kimia yang dikeluarkan oleh kelenjar dalam badan anda. Ia memainkan peranan yang penting untuk mengaktifkan proses seperti akil baligh dan kitaran haid, jadi bukan semua hormon tidak baik. Malah, ia memastikan badan anda membesar dan berfungsi seperti yang sepatutnya. Tetapi ia juga mempunyai keburukannya.

Anda mungkin mengalami perubahan emosi, kerengsaan, kesedihan dan keresahan kerana akil baligh berpunca daripada perubahan hormon yang menyusahkan. Ini adalah kerana, untuk tempoh yang singkat dalam hidup anda, hormon dan kimia dalam otak anda tidak selaras. Ini bermaksud anda merasa lebih beremosi dan gelisah. Perubahan hormon juga boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini seperti jerawat, bulu badan yang banyak dan bau badan yang ketara. Inilah sebabnya hormon adalah ‘menyusahkan’ – kerana walaupun ia membantu anda menjadi matang dan membawa perubahan penting, ia juga menyebabkan emosi anda susah ditangani, dan tubuh anda terasa asing.

Hormon juga boleh memainkan peranan penting dalam kitaran haid anda. Malah, ia terlibat dalam setiap peringkat. Sepanjang kitaran anda, kelenjar pituitari (yang merupakan organ sebesar saiz kacang pis yang terletak di dasar otak ) mengeluarkan hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon peluteinan (LH). Hormon ini menggalakkan ovulasi (apabila telur matang dikeluarkan oleh salah satu ovari anda) dan juga merangsang ovari anda untuk mengeluarkan lebih banyak hormon – terutamanya estrogen dan progesteron [1]. Estrogen dan progesteron merangsang rahim bersedia untuk kehamilan yang mungkin berlaku [2], dan ia juga boleh mempengaruhi anda dari luar.

Sebagai contoh, peningkatan tahap estrogen semasa fasa ovulasi boleh membuatkan anda berasa bertenaga dan lincah. Sementara itu, peningkatan progesteron dalam fasa luteum (selepas ovulasi tetapi sebelum haid anda bermula) mungkin menyebabkan anda berasa gelisah dan mengidam makanan bergula. Peralihan antara kedua-dua itu semasa kitaran anda iaitu bila estrogen mula berkurangan dan progesteron mula meningkat, juga boleh menyebabkan anda mengalami PMS (sindrom sebelum menstruasi), yang biasanya menyebabkan keresahan, perubahan emosi dan sakit badan. Sememangnya ‘menyusahkan’.

Jangan risau jika anda berasa geram dengan emosi yang tidak stabil– ia sangat normal, dan anda sebenarnya tidak bersendirian.

Terus belajar

Terus menerokai

Kongsi Tweet