Berat badan sesetengah wanita meningkat apabila mereka datang haid. Ini adalah kerana kecenderungan badan untuk mengekalkan air semasa menstruasi. Apabila haid anda bermula, air ini akan dibuang apabila anda membuang air kecil dan berat badan anda akan kembali normal. Selera makan dan keinginan untuk makan makanan manis bagi sesetengah wanita juga bertambah dan ini akan menyebabkan berat badan mereka meningkat. Anda boleh mencegahnya dengan mengamalkan masa makan yang teratur dan memakan makanan yang tidak bergula.