CurveFit™
tidak bergerak tanpa mengira apa-apa aktiviti yang anda lakukan
Mungkin susah untuk mempercayai bahawa liners boleh kekal di tempatnya tanpa mengira apa yang anda lakukan. Tetapi Libresse telah menjadikannya satu kenyataan. Libresse CurveFit™ liner dibentuk secara unik supaya ia padan dengan bentuk badan anda. Tidak seperti liner lain yang bergerak selepas memakainya, Curvefit™ liner tetap kekal di tempatnya.
Ini adalah kerana liner Curvefit™ direka dengan bahagian hadapan yang lebih lebar untuk mengelakkannya daripada bergerak, dan bahagian tengah yang ringan dan mudah lentur supaya ia tetap pada tempatnya walaupun anda aktif bergerak. Ini bermaksud kepercayaan dan keselesaan yang maksimum sama ada anda sedang bergerak aktif ataupun bersantai.
Anda ingin mengayuh basikal, bermain atau terjun dari tempat yang tinggi dengan tali bungee? Tiada masalah. Liner Curvefit™ mengikut bentuk zon-V anda untuk keselesaan sepanjang hari supaya anda boleh melakukan aktiviti yang anda ingini – dengan penuh keyakinan. Anda tidak akan sedar anda memakainya.