Ilustrasi kesan haid pada latar belakang berwarna hijau - Libresse

Anda mungkin berasa bimbang apabila anda mendapati terdapat kesan darah antara tempoh haid, terutama jika kitaran anda agak tetap.

Tetapi tidak perlu panik. ‘Kesan’ boleh berlaku atas beberapa sebab, dan kebanyakannya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, anda patut berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Bagi memastikan ia selamat.

Jadi, apakah yang menyebabkan kesan darah? Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Ovulasi (apabila salah satu ovari anda mengeluarkan telur), implantasi (apabila telur melekat pada lapisan rahim anda), fluktuasi hormon, menggunakan atau berhenti mengambil pil kontraseptif atau penggunaan IUD (peranti intrauterus, atau ‘gegelung’) boleh menjadi puncanya.

Sebab-sebab lain ialah jangkitan faraj atau klamedia. Ia juga boleh menandakan kehamilan, dan walaupun kesan darah tidak semestinya bermaksud kehamilan itu bermasalah, ia mesti perlu diperiksa. Kesan darah selepas seks juga boleh – sekali-sekala – menjadi tanda kanser serviks atau kanser faraj [1], jadi adalah penting untuk menjalani ujian pap smear bagi memeriksa kesihatan serviks anda.

Apabila anda baru mula datang haid, kadang-kadang ia boleh mengambil tempoh bertahun-tahun untuk satu corak yang teratur terbentuk, jadi buat sementara waktu, anda mungkin mengalami kesan darah. Dan apabila anda menghampiri menopaus, haid anda boleh menjadi tidak teratur dan tidak dapat diramalkan, yang menyebabkan anda mengalami kesan darah yang tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, anda patut berasa bimbang sekiranya terdapat sebarang kesan darah selepas menopaus.

Jadi itulah punca-puncanya, tetapi apa yang anda boleh lakukan tentang kesan darah? Setelah anda mengetahui sebab ia berlaku, gunakan liners seperti Libresse V-Care Daily Purifying liners atau Libresse Liners) untuk melindungi pakaian anda. Simpan beberapa keping liner supaya anda bersedia jika terdapat kesan darah lagi. Mandi dua kali sehari dan pakai seluar dalam yang bersih selepas itu supaya kekal selesa dan bersih. Dan kemudian teruskan dengan apa sahaja yang anda lakukan.

Penafian perubatan

Maklumat perubatan dalam artikel ini disediakan sebagai sumber maklumat sahaja, dan tidak boleh digunakan atau diandaikan untuk sebarang tujuan diagnostik atau rawatan. Sila jumpa doktor anda untuk mendapatkan panduan mengenai keadaan perubatan tertentu.

[Sumber]

Terus belajar

Terus menerokai