Ilustrasi produk di rak bilik mandi - Libresse

Apabila anda mula menyedari keperluan untuk penjagaan bahagian intim sebagai sebahagian rutin kebersihan wanita anda, prospek memilih pencuci, liner atau tisu basah yang betul boleh mengelirukan.

Tetapi dengan mengetahui produk kebersihan bahagian intim yang baik untuk anda tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang sukar.

Anda boleh memudahkan keseluruhan proses tersebut dengan memikirkan gaya hidup anda dan cara ia mempengaruhi keperluan khusus anda untuk penjagaan bahagian intim. Kerana aktiviti yang anda lakukan sepanjang hari, tabiat dandanan dan peringkat kehidupan tertentu merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi rutin kebersihan bahagian intim anda.

Jika anda merupakan seorang remaja

Sama ada anda sudah mula datang haid atau belum, anda perlu memastikan zon-V anda bersih sepenuhnya. Sebagai sebahagian daripada rutin kebersihan harian anda, gunakan pencuci bahagian intim seperti Libresse V-Care Daily Purifying Intimate Wash Gel empty Dan, oleh sebab haid yang tidak teratur, kesan dan keputihan mungkin menjadi kerap dan tidak dapat diramalkan semasa zaman remaja anda, memakai liner Libresse setiap hari boleh memastikan zon-V anda kekal segar dan selesa.

Sekiranya anda selalu bersukan

Kebersihan selepas bersukan adalah sangat penting. Gunakan pencuci bahagian intim Libresse apabila anda mandi selepas bersukan. Sekiranya anda kesuntukan masa, cuba gunakan tisu basah bahagian intim untuk membersih dan menyegarkan semula zon-V anda. Liner dengan pengudaraan yang baik, seperti Libresse V-Care Liners dengan Pure Clean™ material, empty juga akan membuatkan anda rasa bersih dan selesa sepanjang hari.

Sekiranya anda sering mengembara

Apabila anda menghabiskan masa yang panjang ketika mengembara dan tidak dapat mandi seberapa kerap yang anda suka, anda boleh kekal segar dengan menggunakan Libresse V-Care Daily Purifying Liners. Sama seperti seluar dalam kapas, liner ini mempunyai pengudaraan yang baik. Ini bermakna ia memastikan zon-V anda bersih dan selesa. Dan cuba gunakan wipes untuk bahagian intim selepas anda pergi ke bilik mandi. Ia akan memberi kesegaran, membantu anda agar kekal bebas bau dan mengekalkan keseimbangan pH zon-V anda.

Jika anda menggunakan wax atau mencukur bahagian intim anda

Menyahbulu di bahagian intim dengan kerap boleh menyebabkan kulit anda menjadi sensitif, kering atau mengalami kegatalan. Mousse Bahagian Intim Libresse untuk Kulit yang Dinyahbulu mengandungi calendula, yang akan melegakan dan melembapkan kulit halus zon-V anda apabila anda bercukur di bilik mandi. Jangan lupa menggunakan scrub selepas menyahbulu untuk membuang sel-sel mati di bahagian tersebut, dan menggunakan gel aloe vera untuk melembapkannya. Selepas beberapa hari, anda boleh menggunakan pencuci harian Libresse. Dan anda mungkin mahu menggunakan Libresse Daily Purifying Liners untuk keselesaan harian.

Jika anda baru bergelar ibu

Selepas melahirkan anak, bahagian intim anda mungkin menjadi sakit dan radang. Mousse bahagian intim, seperti Mousse Pembasuh yang Menenangkan Libresse dengan Vitamin E dan Calendula adalah sangat baik untuk melegakan kulit. Sementara itu, lliner Libresse akan melindungi seluar dalam anda daripada keputihan selepas bersalin, dan membantu memastikan bahagian tersebut bersih dan tidak berbau. Penggunaan wipes dengan ciri-ciri Vitamin E yang melegakan akan menyegarkan bahagian intim anda selepas anda menggunakan bilik mandi.  

Terus belajar

Terus menerokai