Ilustrasi seorang wanita di atas katil dengan latar belakang berwarna jingga - Libresse

Anda bangun tidur dan mendapati darah pada cadar bukanlah cara yang terbaik untuk memulakan hari anda.

Ini tidak akan berlaku jika anda menggunakan perlindungan yang betul. Mengapa anda perlukan perlindungan tambahan pada waktu malam untuk mengelakkan kebocoran haid? Jelas sekali, cara darah mengalir adalah berbeza semasa anda berbaring berbanding dengan semasa anda berdiri. Itulah sebabnya anda memerlukan pad waktu malam seperti Libresse Maxi Night Secure Wings.

Pad waktu malam adalah lebih panjang di bahagian belakang berbanding tuala wanita biasa. Pad yang lebih panjang ini mengelakkan kebocoran kerana darah berkumpul di bahagian punggung anda jika anda tidur menelentang. Sesetengah tuala wanita juga boleh menjadi senget jika anda banyak bertukar posisi ketika tidur, lalu menyebabkan kebocoran. Bentuk teras tuala Libresse yang unik bermakna ia mengikut pergerakan badan anda apabila anda berpusing dan ini menghalang kebocoran haid. Jadi anda boleh berehat dengan tenang.

Bagaimana menghalang kebocoran pada waktu malam

Ilustrasi seorang wanita memakai baju tidur pada latar belakang berwarna biru - Libresse
Seluar tidur

Ini akan memberi lapisan perlindungan tambahan antara anda dan cadar, bermaksud kemungkinan berlaku kebocoran pada cadar akan berkurangan.

Ilustrasi seorang wanita memakai dua pasang seluar - Libresse
Seluar dalam tambahan

Memakai sepasang seluar dalam tambahan di luar seluar dalam biasa akan menyerap sebarang kebocoran. Pilih jenis pelindung tilam yang diperbuat daripada kain kapas tebal dan berwarna gelap supaya kesan kotoran tidak kelihatan

Ilustrasi sehelai tuala yang diletakkan di atas katil pada latar belakang berwarna biru - Libresse
Tuala tangan lama

Letakkan tuala tangan lama di bawah punggung anda sebelum anda berbaring. Ini akan menyerap kebocoran dan melindungi cadar anda.

Illustrasi kertas tandas pada latar belakang berwarna biru - Libresse
Lapik tambahan

Lipat beberapa helai tisu tandas memanjang dan letakkan gulungan tebal di bawah tuala wanita malam di dalam seluar dalam anda untuk penyerapan tambahan.

Illustrasi pelindung tilam pada latar belakang berwarna biru - Libresse
Perlindungan tilam

Pelindung tilam akan mengelak tilam anda daripada terkena kesan kotoran yang kekal. Bawa sehelai pelindung tilam bersama anda jika anda tidak tidur di rumah sendiri.

Terus belajar

Terus menerokai