Wanita baring menelentang sambil membuat senaman yoga di luar rumah - Libresse

Berasa muram sebelum dan selepas haid bukan sekadar ‘kebimbangan kehidupan’.

Besar kemungkinan ia merupakan PMS – atau sindrom sebelum menstruasi, atau juga dikenali sebagai PMT (ketegangan sebelum menstruasi). Selain daripada payudara berasa sakit, sakit badan dan rasa kembung, seseorang wanita juga mungkin mengalami perubahan emosi apabila haidnya hampir tiba. Ini disebabkan oleh turun naiknya jumlah estrogen yang sedang dihasilkan oleh badan anda. Hasilnya: pergolakan emosi yang berlanjutan untuk beberapa hari atau minggu.

Sebilangan kecil wanita menderita akibat emosi yang melampau hingga memerlukan bantuan perubatan. Keadaan sedemikian bukan sekadar PMS, tetapi ia merupakan kecelaruan disforia sebelum menstruasi atau PMDD [1], dan ia boleh mengakibatkan serangan panik, kemurungan, kemarahan melampau dan malah, kecenderungan untuk membunuh diri. Adalah penting untuk mendapatkan bantuan sekiranya anda mengalami perkara sebegini, kerana PMDD tidak dapat ditangani secara bersendirian.

Syukurlah, bagi kebanyakan wanita, walaupun PMS menjengkelkan dan tidak menyenangkan, ia bukanlah satu masalah yang setara dengan tahap PMDD. Menangani PMS bermaksud mencari cara untuk menguruskan emosi anda dan menjaga diri anda dengan sebaik mungkin. Untuk membantu mengimbangi emosi yang tidak stabil semasa PMS, cuba lakukan senaman aerobik seperti berjalan, menari atau menunggang basikal - sebaiknya digabungkan dengan yoga, yang membantu memberi ketenangan dan keseimbangan dalam diri anda. Tidur yang mencukupi dan pemakanan yang seimbang dan sihat juga boleh membantu. Anda boleh makan sesuatu yang anda idamkan sebagai ganjaran untuk diri sendiri asalkan ia bukan coklat atau makanan ringan (junk food). Manjakan diri, atau lebih baik lagi, pergilah berurut.

Bagaimana menangani PMS

Ilustrasi seorang wanita melakukan senaman yoga dengan latar belakang berwarna merah jambu - Libresse
Lakukan senaman yoga

Ini ialah cara yang amat baik untuk menangani perubahan emosi berkaitan PMS. Urut, tai chi dan meditasi juga sangat membantu, kerana ia menolong mengurangkan rasa tertekan dan menenangkan anda.

Ilustrasi paru-paru pada latar belakang berwarna merah jambu - Libresse
Berhenti merokok

Jika anda merokok, cuba sedaya upaya untuk berhenti merokok. Selain daripada risiko kesihatan, kajian menunjukkan bahawa wanita yang merokok adalah dua kali ganda lebih cenderung untuk mengalami simptom PMS sederhana atau teruk.

Ilustrasi seorang wanita yang sedang bersenam dengan latar belakang berwarna merah jambu - Libresse
Amalkan gaya hidup aktif

Senaman aerobik seperti berjalan dengan pantas atau berenang telah didapati membantu mengurangkan perasaan risau, murung dan emosi sedih yang diakibatkan oleh PMS.

Ilustrasi makanan berkhasiat pada latar belakang berwarna merah jambu - Libresse
Amalkan pemakanan sihat

Amalkan pemakanan sihat seperti biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran supaya anda tidak mudah terjejas oleh emosi - dan kurangkan makanan tidak sihat seperti gula, lemak dan garam.

Ilustrasi secawan kopi pada latar belakang berwarna merah jambu - Libresse
Kurangkan stimulan

Anda mungkin mengidamkan kafein sebelum menstruasi anda, tetapi adalah lebih baik untuk mengurangkan pengambilan kopi, teh dan coklat, kerana ini boleh membuatkan simptom anda menjadi lebih teruk.

[Rujukan]

Terus belajar

Terus menerokai