Didik tentang Zon-V

Kesihatan wanita boleh diketahui dari keputihan dan bau faraj Zon-V. Para ibu mestilah berpengetahuan dan terangkan anak gadis anda tentang Zon-V.
 
Faraj atau Vagina adalah bahagian dalam Zon-V, manakala bahagian luar dikenali sebagai vulva. Vulva berbeza mengikut saiz badan wanita dan kulitnya perlu dijaga dengan rapi kerana ianya sensitif.

Mendidik anak tentang Zon-V

Tanya anak “Apa itu haid?”, cari masa dan situasi yang sesuai untuk bersembang tentang haid seperti iklan produk pembersih kewanitaan, program dan isu haid yang disiarkan di TV atau media sosial. Jika anak anda faham dan berminat tentang topik haid, kongsikan pengalaman sendiri agar anak rasa relevan. Apabila menjawab soalan anak, gunakan istilah yang mudah supaya mereka senang faham. Sediakan kit haid seperti pad dan liners untuk mereka. Akhir sekali, jangan lupa untuk ajar mereka cara penggunaan tuala wanita dan tip untuk elak kesan kotoran pada seluar dalam.

Jelaskan tentang akil baligh dan seks

Apa itu akil baligh?
Para ibu perlu terangkan perubahan fizikal dan emosi yang akan dihadapi seperti datang haid, keputihan, pertumbuhan bulu badan, dan hormon.
 
Borak topik seks
Apabila anak mencecah usia remaja dan sudah akil baligh, ia adalah masa yang sesuai untuk terangkan tentang hubungan romantik kerana mereka melalui fasa perubahan hormon. Banyak situasi yang para ibu boleh gunakan untuk berborak tentang topik ini, contohnya mengajak anak menonton filem berwatakkan gadis dalam fasa akil baligh atau sedang bercinta. Selain itu, berbual tentang seseorang yang dikenali sedang mengandung untuk terangkan proses kehamilan. Para ibu juga boleh gunakan selebriti dalam iklan yang berpotensi untuk menarik minat mereka tentang imej badan wanita sebagai penerimaan penampilan mereka sendiri.

Bonus! Tip didik ketika anak usia remaja.

Ibu bapa merupakan peranan terbesar untuk anak. Oleh itu, penting untuk ibu bapa dengar luahan anak. Jangan kritik pandangan mereka dan tunjukkan rasa teruja ketika mendengar cerita mereka. Luangkan masa bersama, Berborak ketika makan dan lakukan aktiviti mingguan seperti keluar bersiar atau bersenam. Berikan 100% kepercayaan dan sokongan kerana penting untuk anak tahu yang ibu bapa mereka sentiasa di sisi mereka tanpa mengira situasi. Ibu bapa juga perlu bersikap tegas, mendisiplinkan anak dengan menegur mereka secara baik seperti jelaskan isu yang terbabit dan berikan juga cadangan penyelesaian untuk mereka.