Saya mendapat kesakitan haid yang paling teruk di dunia apabila saya datang haid. Biasanya ia terlalu sakit sehingga saya muntah. Adakah saya sakit?

Tidak, tetapi ia adalah seperti anda mengalami kesakitan haid yang kuat. Hormon anda menjejaskan penguncupan rahim anda dan kesannya mungkin amat teruk sehingga menyebabkan anda muntah. Ia tidak merbahaya. Rehat, bertuam, bersenam, ubat tahan sakit, rawatan akupunktur, terapi zon, diet sihat dan omega 3 (ikan berminyak kaya dengan khasiat ini) boleh membantu meredakan kesakitan. Jika anda tidak dapat menahan rasa sakit, dapatkan bantuan daripada jururawat sekolah atau klinik.