Aliran haid saya amat sedikit semasa dua haid terakhir saya. Saya hanya perlu memakai liners sekali-sekala sahaja – tidak perlu menggunakan tuala wanita. Adakah ini normal? Haid saya bermula lebih daripada 2 ½ tahun yang lepas.

Aliran haid anda sedikit kerana anda belum berovulasi. Contohnya, ini boleh terjadi jika anda mengalami tekanan atau sedang berdiet. Ia juga biasa jika aliran haid anda bertukar beberapa kali dalam setahun tanpa apa-apa sebab sekalipun.