Apakah yang saya boleh buat untuk menangani aliran haid banyak?

Ramai gadis berfikir bahawa mereka mengalami aliran haid banyak walaupun mereka sebenarnya kehilangan jumlah darah yang lebih kurang sama dengan gadis-gadis lain. Jika anda mengalami aliran darah haid yang begitu banyak sehingga ia mengakibatkan anemia (kekurangan zat besi), atau anda berasa letih, lesu atau mual semasa haid anda, terdapat tablet yang anda boleh ambil untuk menanganinya. Anda boleh mendapatkan petua dan nasihat daripada klinik atau daripada pakar ginekologi. Anda juga boleh membaca artikel kami yang bertajuk, “Apakah yang dianggap pendarahan normal ketika haid?” (“How much bleeding is normal during a period?”)