Ilustrasi barang keperluan percutian pada latar belakang berwarna biru - Libresse

Terima sahajalah, Lumrah Alam tidak selalu tiba pada masa yang sepatutnya.

Tetapi jika anda mendapati bahawa haid anda akan tiba pada masa yang tidak sesuai serentak dengan percutian atau pertandingan renang, ini tidak bermakna anda tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya. Menghentikan haid – atau sekurang-kurangnya menangguhkannya – adalah tidak mustahil. Dan apabila anda telah mengetahui cara untuk mengatur kitaran haid anda sekali-sekala, anda akan merasa berupaya untuk mengawal situasi.

Jadi, di sini terdapat maklumat untuk menghentikan haid. Jika anda menggunakan gabungan pil kontraseptif anda boleh menangguhkan haid dengan mengambil dua paket berturut-turut [1]. Ia adalah penting untuk anda berjumpa doktor, pakar sakit puan atau jururawat sebelum anda melakukannya, bagi memastikan ia selamat untuk berbuat demikian, dan memastikan bahawa adalah mungkin untuk menangguhkan haid anda dengan jenis pil yang anda ambil..

Jika anda mengambil pil kontraseptif yang berlainan anda mungkin boleh bertukar kepada pil gabungan untuk membolehkan anda menangguhkan haid anda [2]. Jika anda tidak mengambil pil kontraseptif, berbincanglah dengan doktor mengenai cara-cara lain untuk menangguhkan haid anda. Jika anda tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan lain, anda mungkin akan diberi ubat (norethisterone) untuk mengelakkan haid anda daripada bermula pada masa yang tidak sesuai.

Mengenai cara untuk menghentikan haid sebaik sahaja ia bermula, masih belum ada sesiapa yang mengetahui cara untuk melakukannya setakat ini. Tetapi apabila anda mula mengalami aliran darah haid dan jikalau anda mengambil gabungan pil kontraseptif dengan serta-merta, ia boleh memendekkan tempoh haid anda dan meringankan aliran [3]. Mengambil ubat tahan sakit yang dibeli di kaunter mengikut dos yang diarahkan juga akan mengurangkan bengkak di dinding uterus. Ini seterusnya akan mengurangkan aliran darah haid dan kesakitan yang mengiringinya.

Terdapat juga beberapa cara semula jadi yang anda boleh cuba [4]. Ini termasuk senaman kerap yang membantu meredakan otot rahim bagi mengurangkan aliran darah haid. Selain itu, ramai wanita percaya akan keberkesanan teh herba yang mengandungi akar valerian dan kamomil, sementara teh raspberi dan daun nettle juga dikatakan mampu memperlambatkan aliran darah haid. Ingatlah untuk selalu mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba kaedah herba.

Sepertimana kes-kes lain, walaupun tiada masalah untuk menangguhkan haid anda, setakat ini tiada kajian sains lagi yang membuktikan ia selamat berbuat demikian untuk tempoh jangka panjang. Oleh itu janganlah membahayakan kesihatan anda – ia tidak berbaloi semata-mata untuk haid anda.

[Rujukan]

Terus belajar

Terus menerokai