Girl holding pad shaped phone case

Adalah biasa bagi wanita berasa risau jika mereka berpendapat haid mereka tidak normal - lazimnya kerana, mereka perlu sedikit masa untuk membiasakan diri dengan haid pada peringkat permulaannya.

Tetapi jangan risau. Perasaan ‘adakah saya normal?’ itu akan berlalu. Dan lagipun, istilah haid yang ‘normal’ adalah sesuatu yang cukup luas apabila berhubung dengan waktu ia bermula, jangka masa ia berlarutan, dan simptom yang anda alami,.

Secara puratanya, menstruasi dialami oleh kaum wanita antara umur 11 dan 14 tahun. Tempoh kitaran haid yang normal ialah 28 hari, tetapi ia boleh berlaku dalam jangka masa 21 hingga 35 hari. Dan semasa akil baligh ia boleh berlanjutan lebih lama, dan mengambil sedikit masa untuk menampakkan satu corak yang tetap. Selepas akil baligh, kitaran haid kebanyakan wanita akan teratur, dengan jangka masa yang sama antara haid, dan untuk tempoh masa yang sama. Aliran darah haid biasanya berlanjutan selama dua hingga tujuh hari, dengan tempoh purata selama lima hari.

Apabila haid anda bermula, aliran darah haid yang banyak biasanya berlaku pada dua hari pertama. Jumlah kehilangan darah semasa haid yang normal adalah lebih kurang dua hingga tiga sudu besar atau 30-40ml. Tetapi jangan lupa bahawa ia biasanya kelihatan lebih daripada itu. Ada wanita yang mengalami aliran darah haid yang lebih banyak daripada itu dan mungkin perlu menukar tuala wanita mereka dengan lebih kerap. Atau gunakan tuala wanita dengan penyerapan yang lebih tinggi.

Darah biasanya berwarna merah apabila aliran darah haid seorang wanita berada pada tahap yang paling banyak. Ia mungkin berwarna merah jambu, perang atau hitam apabila aliran darah berkurangan - ini semua adalah sangat normal. Perubahan hormon sebelum haid boleh juga menyebabkan simptom emosi dan fizikal. Contohnya, cirit-birit atau sakit belakang, rasa kembung dan mual, atau payudara anda yang bertambah besar. Sesetengah wanita juga berasa sedih dan ingin menangis atau cepat marah sebelum datang haid. Ini semua merupakan tanda sesuatu yang digelar sebagai PMS atau sindrom sebelum menstruasi. Sememangnya ia tidak menyeronokkan, tetapi semua ini adalah sangat normal

Ubat tahan sakit belian di kaunter, senaman ringan dan bertuam dengan pad panas atau botol air panas pada bahagian perut boleh melegakan kesakitan dan ketidakselesaan. Berselimut juga sangat digalakkan. Doktor anda mungkin memberi preskripsi ubat tahan sakit yang lebih kuat jika kesakitan haid menjadi masalah. Simptom seperti rasa kembung, perubahan emosi dan cepat marah biasanya berkurangan apabila haid bermula dan terus akan hilang sebaik sahaja ia tamat.

[Rujukan]

Terus belajar

Terus menerokai