Imej seorang gadis bergaya di hadapan dinding bata - Libresse

Anda berasa marah. Anda sedang mengalami aliran darah haid paling banyak. Oh, dan kajian cuaca meramalkan hujan sepanjang minggu. Anda tidak boleh mengubah cuaca, tetapi kami mempunyai beberapa petua yang hebat untuk membantu anda merasa lebih baik walaupun anda datang bulan.

Menangani perasaan

Kita telah menyaksikan bagaimana hormon boleh mempengaruhi perasaan anda.  Dan kita juga telah meneliti sebab-sebab lain emosi dan kelakuan boleh berubah dengan cepat.  Tetapi apa yang boleh anda lakukan untuk menangani emosi anda? 
 
Ia sukar jika anda tidak tahu sama ada anda berasa sepi, marah, letih atau sedih. Satu perkara yang boleh membantu ialah latihan menamakan emosi. Jika menulis kata-kata adalah sukar, cuba lukis, atau mainkan lagu yang meluahkan perasaan anda. Mudah-mudahan, ia akan membantu anda fokus dan membolehkan anda menangani emosi anda dengan lebih baik kerana ia akan terdedah, dan tidak terbendung dalam minda anda. 
 
Cuba untuk tidak memikirkan perasaan anda sebagai baik atau buruk. Sebaliknya, anggap ia sebagai sebahagian kehidupan biasa yang dialami oleh setiap orang dari semasa ke semasa. 
Imej seorang gadis berbaring di katil dan mendapati sukar untuk tidur - Libresse

Lebihkan tidur

Bunyinya mudah, tetapi cukup menghairankan betapa senang anda boleh lupa untuk menguruskan perkara harian, terutamanya apabila anda berasa letih. Terdapat banyak sebab yang menjadi punca perubahan corak tidur semasa akil baligh. 

Tekanan, yang disebabkan oleh peperiksaan atau perbalahan dengan rakan atau ahli keluarga mungkin merupakan puncanya. Atau mungkin disebabkan oleh perubahan fizikal yang membuat anda lebih ingin untuk tidur – dan bangun – kemudiannya (yang sememangnya menjengkelkan apabila anda perlu bangun awal untuk pergi ke sekolah.) Apa jua sebabnya, fakta sains menyatakan bahawa golongan remaja memerlukan lebih banyak tidur daripada kanak-kanak yang lebih muda. 

Jika anda kurang ZZZs jangan salahkan diri anda. Cubalah kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk anda. Walau bagaimanapun, mengatur masa tidur dan bangun yang konsisten dapat membuat anda berasa lebih segar. Cuba buat sesuatu yang menenangkan sebelum tidur, seperti mandi, membaca buku atau menonton TV bersama keluarga anda. Tidak meletak skrin di meja sebelah katil anda akan membantu otak anda berehat pada waktu malam, dan walaupun ia boleh menjadi rumit sekiranya anda takut ketinggalan, fikirkan tidur sebagai ganjaran kepada diri sendiri. 


GIF seorang gadis mengidam makanan dan makan dua burger dan kentang goreng - Libresse

Makanlah

Adakah keinginan untuk memakan burger pada tengah malam ada kaitan dengan hormon anda, atau kerana anda telah bertambah besar sebanyak satu inci dalam beberapa bulan? Tiada siapa yang tahu. 

Apa yang kita tahu adalah anda perlu memberi makanan yang baik kepada badan anda semasa akil baligh supaya badan anda kuat dan otak anda cergas apabila anda memerlukannya.

Seperti masa-tidur, ikut waktu makan yang tetap. Dan jangan merasa malu untuk mencuba sesuatu yang baharu. Ayam dan kentang goreng mungkin amat lazat, tetapi sayur tumis, fajitas dan mi adalah cara yang baik untuk memastikan terdapat sayur-sayuran dalam hidangan anda supaya ia tidak menjemukan.  

Sudah tentu, semasa hari yang berlainan dalam kitaran anda, tahap kelaparan anda akan berubah. Jadi ikutlah selera anda. Makan lebih sedikit apabila anda merasa sangat lapar, tetapi jangan paksa diri untuk menghabiskan semua yang ada dalam pinggan anda jika anda sudah kenyang. Minum air dengan kerap juga. Kadang-kadang kita fikir kita lapar, tetapi sebenarnya badan kita kekurangan air. 

Imej seorang gadis di kelas gim bersenam dengan orang lain - Libresse

Senaman

Anda tidak perlu menjadi seorang fanatik gim untuk bersenam dan mengeluarkan peluh sekali-sekala. Berjalan-jalan di sekitar taman, berenang di kolam renang di kawasan anda, atau berdansa di sekeliling bilik tidur anda adalah memadai jika anda kurang bertenaga atau berasa kurang ceria. Dan pada hari-hari anda penuh bertenaga, ia akan membantu membakar tenaga berlebihan anda. 

Anda mungkin pernah terdengar desas-desus bahawa senaman semasa haid adalah tidak baik. Sebenarnya, itu adalah tidak benar. Telah terbukti secara saintifik bahawa ia adalah baik untuk anda. Kami meneliti ini dengan lebih terperinci di sini.

Cuba perkara yang berbeza, supaya anda mengetahui apa yang sesuai untuk anda - adalah baik untuk mengetahui bahawa anda sedang memperkuatkan badan anda sambil menenangkan minda anda pada masa yang sama. 


GIF seorang gadis menari dan bergembira di bilik mandi - Libresse

Apakah bau itu?

Akil baligh boleh mengubah bau badan anda, terutamanya di ketiak dan sekitar pangkal paha anda. Tahap bau ini mungkin berbeza tetapi anda tidak perlu merasa malu. Anda mungkin ingin mandi lebih kerap semasa tempoh tertentu dalam kitaran anda, terutamanya jika anda melakukan banyak senaman.  

Akil baligh merupakan masa yang baik untuk mewujudkan satu rutin kebersihan yang mudah (sama seperti kita memberus gigi dua kali sehari, yang biasa kita lakukan tanpa memikirkannya). Kami membincangkan cara terbaik untuk membasuh faraj anda di sini

Saya berasa kotor apabila saya datang haid. Mengapa?

Hanya kerana anda mengalami aliran darah haid tidak bermakna anda kotor. Ya, aliran darah tidak dapat diramalkan dan boleh mengotori seluar dan cadar. Dan ya, darah boleh berwarna hitam, perang, merah atau bergumpal. Tetapi jangan dengar cakap sesiapa yang memberitahu anda bahawa darah adalah kotor. Haid adalah semula jadi dan normal dan tiada sesiapa pun akan wujud di planet ini tanpanya.

Tuala wanita membuat saya rasa seperti memakai lampin.

Ada cara untuk membuat anda merasa selesa semasa anda datang haid – dan sebahagiannya adalah untuk mencuba produk kebersihan yang sesuai untuk anda. Tampon atau tuala wanita sepatutnya memberi anda kebebasan untuk melakukan apa yang anda ingin lakukan, walaupun anda berwaspada kerana mengalami aliran haid banyak. 
 
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk dalam kabinet bilik mandi anda, berbincanglah dengan rakan anda atau ibu anda tentang apa digunakan oleh mereka. Anda mungkin tertinggal petua  yang bagus! Ia boleh melibatkan sedikit percubaan dan kesilapan (dan seluar dalam yang kotor) untuk mengetahui apa yang sesuai untuk anda.
 
Produk femcare tertentu boleh digunakan jika keputihan adalah banyak pada hari anda tidak datang haid dalam kitaran anda. Dan, jika haid anda tidak teratur (sering berlaku semasa akil baligh), liners akan membantu mencegah kebocoran apabila anda mengalami aliran darah haid tanpa amaran, memberikan anda masa untuk mencari pad yang lebih menyerap.

Pastikan orang (dan barang) yang anda gemari berdekatan dengan anda

Muzik, makanan kegemaran anda, bantal anda yang paling selesa, buku yang anda lazim baca. Benda yang membawa keselesaan kepada anda boleh meningkatkan perasaan anda dengan serta-merta, jadi tuliskan apa-apa yang membuat anda rasa gembira. Dan, apabila anda perlukan keceriaan, pilih sesuatu daripada senarai anda.
Imej tiga orang rakan sedang berbual sambil duduk di belakang kereta bercakap sesama mereka - Libresse

• Anda tidak pernah menyesal membeli ais krim pada musim panas, sama seperti anda tidak pernah menyesal bercakap tentang sesuatu yang ada di fikiran anda dengan seseorang yang rapat dengan anda. 

• Ibu anda mungkin menjadi pilihan yang jelas. Beliau pernah mengalami pengalaman yang sama dengan anda, dan kemungkinan besar pernah mengalami perasaan yang sama seperti anda. Menaiki kereta bersama-sama, menonton K-drama, atau berjalan-jalan berdua dengan beliau akan memberi peluang kepada anda untuk meluahkan perkara-perkara yang anda dapati memalukan. 

• Tuliskan terlebih dahulu perkara yang anda ingin luahkan supaya anda tidak terlupa sekiranya anda beremosi.. Sekiranya anda mempunyai idea tentang cara tertentu anda mahu diberi sokongan, bantu ibu anda dengan memberitahunya apa yang anda perlukan.

• Sekiranya ibu anda tidak ada, bercakaplah dengan seseorang yang anda percaya sepenuhnya, seperti adik-beradik, ayah, sahabat baik anda, atau jururawat atau kaunselor sekolah. Kadang-kadang anda tidak memerlukan nasihat tetapi hanya memerlukan seseorang untuk mendengar. 

• Dan ingat, rakan-rakan dan keluarga anda akan meminta sokongan anda dari semasa ke semasa, jadi jangan bimbangkan tentang kesibukan mereka untuk membantu anda. 

Terus belajar

Terus menerokai