Terokai Wonders of The Womb

Adakah anda tahu bahawa uterus (juga dikenali sebagai rahim) merupakan otot yang paling kuat di dalam badan seseorang wanita mengikut berat?

Rahim mempunyai banyak keistimewaan! Tambahan pula, ia merupakan tempat di mana sebuah kehidupan bermula.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan kebanyakan wanita masih belum menghayati atau memahami sepenuhnya keistimewaan rahim mereka.

Hasil analisis terbaru Libresse menunjukkan, sebanyak 69% wanita Malaysia yang mengambil bahagian mengalami kesukaran untuk mengenal pasti dengan tepat bahagian sistem pembiakan wanita; manakala menurut V-Zone Taboo Tracker Essity Antarabangsa/Global, hampir satu pertiga (1/3) daripada wanita memilih untuk tidak membincangkan berkenaan bahagian intim mereka secara terbuka. Sudah tiba masa untuk kita mengubahnya.

Rahim itu cukup indah, hebat dan istimewa. Ia berhak mendapat penghargaan dan disayangi oleh semua.
Antara sebahagian Pergerakan Kempen #KnowYourV Libresse, kami mencipta "Wonders of the Womb" - sebuah kempen yang memperjuangkan rasa cinta, kefahaman dan penghargaan terhadap rahim wanita.
 
Ia menampilkan rahim sebagai topik utama dan meraikan kehebatan produk yang direka dengan keistimewaan tersendiri khusus untuk zon-V wanita yang unik.
Dan bersamanya, Libresse menghasilkan sebuah penemuan maya yang menakjubkan bagi mengajak wanita untuk menghayati dengan lebih mendalam kehebatan rahim. Bersamalah kita membuka minda bagi meneroka kekuatan, serta kelebihannya dalam memainkan peranan utamanya dalam kitaran haid wanita.

Lebih banyak yang kita tahu tentang rahim, kita akan lebih menghargai keistimewaannya.

Menakjubkan?