
Kemampanan
Pendekatan kami terhadap kemampanan
Kemampanan bukan sekadar kata yang popular - ia adalah kunci kepada daya ketahanan bumi kita. Pemanasan global adalah salah satu masalah yang paling serius di dunia hari ini, dan Essity, syarikat yang mengeluarkan tuala, liners, tampon dan sabun intim Libresse, komited untuk mencari penyelesaian sosial dan mesra alam dan untuk menghasilkan produk yang selamat.
Di Libresse, kami bangga mengeluarkan produk kami dengan cara yang mampan Sebagai sebuah syarikat, kami sentiasa menyedari kepentingan melindungi planet dan sumber kita. Dari sumber yang kami gunakan hingga ke cara kami mengeluarkan produk dan hasil yang kami sampaikan kepada pengguna.
Asal-usul produk kami
Pencarian sumber yang bertanggungjawab adalah amat penting kepada kami dan kami sentiasa mencari cara untuk mengurangkan impak pada alam sekitar dalam produk baharu, melalui bahan dan reka bentuk yang pintar. Sebagai contoh, pembekal pulpa kami menggunakan serat kayu yang berasal dari sumber yang dikendalikan dengan teliti. Mempertimbangkan alam semula jadi adalah sesuatu yang amat penting bagi kami, dan merupakan objektif yang kami terus cuba capai dengan gigih.
Fakta Utama Kemampanan
Mengurangkan pembungkusan
Mengurangkan sisa buangan adalah satu keutamaan untuk kami juga. Salah satu cara dalam mengurangkan sisa buangan ialah dengan menghasilkan produk lebih nipis. Satu lagi cara adalah untuk mengurangkan pembungkusan. Kami telah mengurangkan pembungkusan daripada dan diantara 1 hingga 14 peratus untuk semua produk kebersihan wanita kami sejak 2008.
Sebagai contoh, dengan Ultra Thin Wings kami, kami telah mengurangkan pembungkusan, dan menggunakan bahan dan tenaga yang lebih efisien untuk menjadikan tuala lebih nipis. Ini menjadikan ia lebih selesa dan praktikal untuk anda.
Produk feminin telah mendapat beberapa kritikan sebelum ini atas cabaran dalam membuangnya dengan cara yang tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar. Terima kasih atas sumbangan anda, kami telah menambahbaik pembuangan tuala wanita anda. Anda memberitahu kami bahawa pembuangan tuala ketika anda berada di luar adalah rungutan nombor satu anda - tong sampah sering kali tidak mudah diperolehi, dan ia tidak boleh dibuang ke dalam tandas kerana ia menyumbat sistem sanitasi dan merosakkan persekitaran.. Oleh itu, kami mencipta Gulung.Tekan.Buang - tuala inovatif yang lengkap dengan pembungkus yang menutup semua bahagian. Ia adalah cara yang bijak, mudah dan bersih untuk membuang tuala wanita, di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
Mengurangkan kesan jejak karbon kita
Sebagai sebahagian daripada penilaian LCA, kami juga meneliti kesan kami terhadap pemanasan global, atau dalam erti kata yang lain,kesan jejak karbon produk kami. Kesan jejak karbon merujuk kepada pelepasan gas rumah hijau ke udara melalui kitaran hayat produk. Kami telah berusaha dalam mengurangkan kesan jejak karbon produk penyerap kami. Misalnya, sejak 2008, kami telah mengurangkan jejak karbon Ultra Towels kami sebanyak 20 peratus dan Light Liners kami sebanyak 10 peratus.
Kami juga merasa bangga dengan banyak perkara lain yang kami laksanakan. Kami mengambil berat tentang planet ini dan insan yang hidup di atasnya, dan berikut hanyalah beberapa sumbangan yang kami lakukan untuk membuat perbezaan.
Menyingkirkan tabu
Tabu, kejahilan dan prasangka berhubung haid menjejaskan kesihatan berjuta-juta wanita setiap hari. Kami aktif dalam memerangi gejala ini. Sebagai contoh, baru-baru ini kami telah menganjurkan sesi latihan kebersihan haid untuk gadis-gadis remaja berumur 10 hingga 12 tahun di Haikou, China, bersama Majlis Kolaborasi Bekalan Air dan Sanitasi (Water Supply and Sanitation Collaborative Council atau WSSCC). Sesi latihan ini memberi peluang kepada mereka untuk berbincang mengenai tubuh badan mereka, kepentingan kebersihan yang baik ketika haid, dan untuk merasa bangga dengan apa yang berlaku secara semula jadi setiap bulan.
Meningkatkan pengetahuan
Program pendidikan 'Ketahui Apa Yang Sesuai Dengan Badan Anda’ (‘Discover What Fits Your Body’) Libresse melibatkan pendidikan tentang haid dan perubahan yang berlaku di dalam tubuh badan kanak-kanak perempuan semasa akil baligh di sekolah rendah Malaysia . Setiap kanak-kanak perempuan menerima kit permulaan daripada Libresse, yang mengandungi risalah untuk membantu ibu bapa berbincang dengan anak perempuan mereka tentang haid dan tubuh badan mereka.