Let's Get Real

Kita menjalankan aktiviti harian mengikut tabiat biasa dan menerima sahaja apa yang diberikan tanpa menyedari samada ia adalah yang BENAR atau TIDAK. Adakah iklan tuala wanita yang pernah anda tonton di TV menggambarkan keadaan sebenar semasa anda datang bulan? Masihkah anda ingat iklan-iklan dimana wanita sedang mengalami haid berketawa, menari gembira, membuat aktiviti-aktiviti lasak, bangun pagi dengan ceria, kesemuanya dalam pakaian berwarna putih? Pernahkan anda bertanya samada kelakuan tersebut realistik bagi seseorang yang mengalami haid?         

Biasanya kita tidak boleh mengenal pasti ketidakpekaan terhadap sesuatu melainkan ia diberitahu oleh seseorang. Jadi, bagaimanakah ketidakpekaan yang hadir dalam iklan/komersial TV mengimpak kita?

Kempen ‘Let’s Get Real’ meningkatkan kesedaran dan mencetuskan pemikiran wanita untuk berfikir semula, apakah yang digambarkan sebagai “realiti” dalam iklan tuala wanita serta pengalaman haid mereka. Kempen ini juga membuka ruang untuk melenyapkan mitos bahawa haid adalah topik yang tabu. 

Setiap wanita mempunyai cerita tersendiri tentang pengalaman haid, dan ia jauh berbeza dengan apa yang digambarkan. Sebenarnya, sembilan daripada 10 responden merasakan bahawa kebanyakan iklan tuala wanita tidak tepat. Tetapi, jika iklan tersebut tidak realistik, apakah yang dikatakan realistik?

Tetapi, kehidupan mesti diteruskan… wanita tidak membenarkan pengalaman haid menganggu tanggungjawab mereka – tujuh daripada 10 wanita bersambung dengan kejadian seharian seperti biasa dan membuat sebaik mungkin, tidak kira ia mencabar atau tidak