Ilustrasi seorang ibu dan anak perempuannya memandang antara satu sama lain - Libresse

Berbincang dengan anak gadis anda mengenai haid - sudah tiba masanya untuk difikirkan semula?

Jika anak gadis anda hampir akil baligh, dia mungkin akan berasa cemas untuk menghadapi haid pertamanya.

Mencari jalan untuk membincangkannya secara terbuka dan yakin akan menjadikan pengalaman menstruasinya berbeza. Tetapi bagaimana anda boleh memperkenalkan subjek tersebut dan mengatasi kejanggalan mengenai haid pertama seorang gadis?

Haid pertama anak gadis anda tidak perlu menjadi punca kebimbangan, tetapi pada kebiasaannya ia memang membimbangkan. Sekiranya kefahaman haid pertama mereka adalah melalui gosip dan lawak jenaka, si gadis mungkin akan merasa takut, cemas dan terasing terhadap apa yang akan dialaminya. Mitos, dan rasa malu bermakna haid sering kali tidak dibincangkan di rumah, yang boleh menyebabkan anak anda merasa tertekan terhadap sesuatu yang semula jadi. Sudah jelas bahawa kita perlu berfikir dengan teliti mengenai cara untuk berbincang dengan anak-anak perempuan kita tentang haid.

Menstruasi adalah proses yang semula jadi, tetapi kita masih hidup dalam masyarakat di mana kita menyembunyikan pad dalam lengan baju kita, di mana imej kesan darah dikeluarkan dari media sosial dan para atlet wanita enggan bercakap mengenai impak menstruasi terhadap prestasi mereka.

Penyelidikan Libresse telah mendapati hampir separuh daripada golongan wanita dan gadis di UK berasa sukar untuk berbincang mengenai haid mereka dengan rakan dan ahli keluarga - termasuk ibu dan adik-beradik perempuan mereka. Terdapat rasa tabu tentang haid, seakan-akan ia adalah suatu perkara yang memalukan. Dan ini berterusan sehingga peringkat dewasa. Ini bermaksud bahawa walaupun satu perempat daripada wanita yang subur datangi haid pada sesuatu masa, dan secara puratanya, seorang wanita menghabiskan kira-kira satu per lapan daripada hidupnya dengan haid, ia masih dianggap sebagai topik yang terlarang.

“Menstruasi adalah proses yang semula jadi, tetapi kita masih hidup dalam masyarakat di mana kita menyembunyikan pad dalam lengan baju kita, di mana imej kesan darah dikeluarkan dari media sosial [1] dan para atlet wanita enggan bercakap mengenai impak menstruasi terhadap prestasi mereka,” kata pengarah pemasaran Produk Kebersihan Essity, Nicola Coronado.

Mengadakan perbualan

Kita perlu mula berbual dengan anak-anak perempuan kita secara umum mengenai haid apabila mereka mencecah usia tujuh tahun. Walaupun umur purata untuk haid bermula adalah 12 tahun, ia boleh bermula seawal lapan tahun, dan kadang-kadang kanak-kanak perempuan boleh mengalami akil baligh pada usia yang lebih muda. Satu kajian pada tahun 2010, yang diterbitkan dalam Jurnal Pediatrik AS (US Journal of Pediatrics), mendedahkan bahawa kanak-kanak perempuan telah mencapai akil baligh yang lebih awal, dengan sebilangan yang mengalami pembesaran buah dada seawal umur enam tahun. Kanak-kanak perempuan di rumah tanpa bapa kandung lebih cenderung mengalami akil baligh pada usia yang lebih awal, menurut satu kajian yang diterajui oleh penyelidik di University of California, Fakulti Kesihatan Awam Berkeley. Walaupun beberapa kajian menunjukkan bahawa kehadiran seorang bapa tiri dalam keluarga juga boleh mencetuskan haid yang awal.

Tidak syak lagi bahawa perbualan dan khabar angin akan bermula di sekolah sebelum anak perempuan anda memerlukan tuala wanita pertamanya. Oleh itu, adalah penting untuk berbincang mengenai haid dalam cara yang biasa dengan anak perempuan anda pada usia yang muda supaya dia rasa bersedia.

Kami menyoal beberapa orang wanita muda tentang pendapat mereka berhubung isu ini, dan inilah yang mereka katakan: "Bincanglah dengan kami tentang haid sama seperti anda menerangkan tentang penjagaan kulit - jadi kami faham apa yang berlaku secara fizikal, dan apa yang perlu kami lakukan," kata Toni, yang mengetahui tentang haid dari sepupu perempuannya. "Saya mahukan fakta tetapi tidak benar-benar inginkan perbualan," kata Karli, seorang anak tunggal. "Ia akan membuat saya rasa jijik, jadi saya rasa cara yang terbaik untuk memberitahu saya mengenai haid adalah melalui surat atau teks." "Ibu tidak berbincang dengan saya mengenai haid sehingga saya mendapat haid pertama yang mengotori pakaian saya. Itu adalah amat bodoh. Nasib baik ada kawan-kawan yang membantu saya. Sudah tentu ia memalukan tetapi kita masih perlu mengetahui perkara ini. Sepertimana kita perlu tahu cara untuk mengira matematik,” tambah Sam.

Ilustrasi seorang ibu, bapa dan anak perempuan minum kopi - Libresse

Memperkenalkan subjek

Mengadakan perbualan tentang haid boleh menakutkan ibu bapa yang sudah tentu mungkin merasa janggal dan segan. Ini adalah sesuatu yang boleh diatasi, terutamanya jika ia dilakukan secara beransur-ansur. Adakan perbualan bersiri, bukan satu perbualan yang panjang, jadi ia tidak rasa seperti suatu detik yang panjang dan menakutkan.

Memperkenalkan subjek secara ringkas sebagai permulaan, jadi dia tahu ia adalah perbincangan mengenai haid. Cari situasi yang boleh mengajar mereka bagi memberi anda kesempatan untuk bercakap tentangnya. Iklan untuk perlindungan kebersihan, jalan cerita drama TV yang merangkumi isu, bintang sukan dan selebriti membincangkan isu mengenai haid, kempen media sosial - semua ini memberikan anda 'cara' untuk memulakan perbincangan.

Mula-mula tanya anak perempuan anda banyak manakah yang dia tahu tentang haid supaya anda tidak mendapat tindak balas yang menunjukkan kebosanannya apabila anda mula memberitahu sesuatu yang dia sudah ketahui. Cuba bercakap tentang pengalaman haid anda, sebagai seorang remaja dan sebagai seorang wanita supaya dia boleh memahami subjek tersebut dengan cara yang lebih peribadi. Pastikan cerita kekal positif atau sekurang-kurangnya mempunyai pengakhiran yang positif, jadi dia tidak merasa cemas yang dia akan mengalami sesuatu yang sama. Atau bercakap tentang sesuatu yang berlaku kepada seorang rakan di sekolah atau seorang selebriti wanita yang telah menyebut tentang haid dalam suatu temu bual.

Apabila dia sedia untuk menyoal mengenai perkara tersebut, bersedia untuk menjawab sebarang soalan dengan jujur, seperti 'Berapa banyak darah yang saya akan hilang?' dan ‘Apa akan berlaku jika darah bocor ke pakaian saya?’ dan ‘Bolehkah orang lain mengagak saya sedang dalam haid?’ [1] Dan sentiasa menggunakan bahasa yang jelas seperti 'haid', 'faraj' dan 'tuala wanita' (bukan eufemisme seperti 'datang bulan', 'di bawah sana' dan 'perlindungan') untuk mengelakkan kekeliruan.

Kita mengajar mereka bahawa ia adalah krisis kebersihan dan bukan apa yang berlaku. Ini merupakan peluang yang penting untuk membincangkan tentang tubuh badan kita, seksualiti kita, kesihatan kita, bagaimana kita matang dan bertambah tua, serta isu imej tubuh badan.

Berterus terang dengan anak anda mengenai proses haid dan cara untuk mengendalikannya akan membantu mereka merasa lebih yakin terhadapnya. Berbincang mengenainya, membiasakan diri dengan tuala wanita dan tampon serta mengetahui pelbagai tahap dan simptom bermakna keseluruhan subjek dijelaskan.

Apa yang lebih penting, elakkan daripada bersikap negatif terhadap haid supaya anak anda tidak berasa cemas dan jijik terhadapnya. Jangan bercakap lagi tentang 'sumpahan' atau 'pelawat bulanan saya', yang hanya memberi perasaan yang tidak menyenangkan. Kekalkan bahasa yang positif untuk menunjukkan bahawa ia merupakan sesuatu yang semula jadi bagi seorang wanita dan suatu pengalaman yang dikongsi bersama semua wanita lain.

“Kita mengajar mereka bahawa ia adalah suatu krisis kebersihan,” kata Chris Bobel, penulis buku Darah Baharu: Gelombang Feminisme Ketiga dan Politik Menstruasi, "bukannya apa yang berlaku. Ini merupakan peluang yang penting untuk membincangkan tentang tubuh badan kita, seksualiti kita, kesihatan kita, bagaimana kita matang dan bertambah tua, serta isu imej tubuh badan."

Menghapuskan mitos

Dalam proses membincangkan tentang haid, adalah penting untuk menghapuskan mitos mengenainya kerana ia boleh membuat anak perempuan anda memandang menstruasi sebagai sesuatu yang memalukan. Dia mungkin tahu ia tidak masuk akal tetapi ia tidak membantu dengan menggunakan kata-kata seperti darah haid adalah 'kotor', atau wanita yang datang haid mengakibatkan susu mendadih kerana berada dalam bilik yang sama.

Rakan-rakan di sekolah mungkin telah memberitahu anak anda bahawa menggunakan boleh menyebabkan  kehilangan tampon di dalam tubuh selama-lamanya, bahawa menggunakan tampon boleh membunuh anda, atau anda tidak boleh mencuci rambut atau berenang sepanjang tempoh haid anda. Kebanyakannya ingdatang dari maklumat yang separuh benar dan salah. Walaupun anak perempuan anda mungkin menyangka ia tidak benar, tidak memiliki semua fakta boleh membuat dia merasa cemas. Malangnya, sesetengah budaya masih mengekalkan mitos yang lebih melampau. Sebenarnya, 20 peratus [2] daripada kanak-kanak perempuan di pedalaman India percaya bahawa mereka tidak boleh bercakap dengan ahli keluarga lelaki semasa datang haid.

Pendekatan lain

Bapa-bapa tunggal tidak boleh merasa bahawa mereka tidak boleh bercakap dengan anak-anak perempuan mereka tentang haid, tetapi jika anda mendapati anak perempuan anda berasa tidak selesa, cuba mendapatkan bantuan seorang ibu saudara, sepupu perempuan atau ahli keluarga lain yang bersimpati, supaya anak anda bersedia sepenuhnya. Dan pastikan anda memberi dia keselesaan apabila dia mengalami simptom pramenstruasi. Belikan produk sanitari pilihan anak perempuan anda dan pastikan dia mengetahui tempat ia disimpan apabila dia memerlukannya.

Kadang kala perbincangan mengenai haid tidak berjalan dengan lancar kerana anak perempuan anda pada masa itu berasa malu dan segan untuk bercakap tentang sesuatu yang begitu peribadi. Tetapi dia akan masih mempunyai soalan dan ingin membincangkan tentang perasaannya, jadi beritahu anak perempuan anda kemudian - melalui teks atau surat - bahawa anda sentiasa bersedia untuk bercakap jika dia ingin tahu lebih lanjut.

Surat membolehkan anda meluahkan semua yang anda ingin katakan tanpa merasa takut dia menolak anda. Dan jangan lupa bahawa remaja sering merasa lebih selesa menangani perasaan mereka melalui teks atau WhatsApp, jadi jangan mengundurkan diri daripada perbualan ini sepenuhnya dengan menghantar mesej jika ia didapati lebih berkesan untuknya.

Cara terbaik untuk berkomunikasi tentang haid adalah melalui Femoji - emoji yang khusus untuk menangani isu wanita. Kebanyakan gadis yang berusia antara 16 hingga 25 tahun mengakui bahawa adalah lebih mudah bagi mereka untuk meluahkan perasaan melalui emoji, jadi ini adalah cara yang cepat dan mudah untuk menangani isu dan perasaan yang anda mungkin rasa memalukan.

Libresse baru-baru ini berkempen untuk enam Femoji berkaitan haid - ikon yang membolehkan pengguna untuk menyatakan perkara seperti 'haid', 'senggugut' dan 'PMS' secara ringkas - untuk ditambah ke papan kekunci emoji sejagat. Semua ini adalah usaha untuk menjadikan perbualan mengenai haid sebagai perkara yang biasa dan kurang tabu. Ia boleh menjadi perkara yang baik untuk kanak-kanak perempuan apabila mereka mengalami akil baligh.

Aplikasi dengan Femoji Libresse, tersedia untuk papan kekunci iOS dan Android, adalah amat mudah dipasang. Ini adalah kerana perbincangan tentang haid tidak perlu menjadi perkara yang sukar.

[Sumber]

[1] http://www.telegraph.co.uk/women/life/instagram-deletes-womans-period-photos-but-her-response-is-amazing/
[2] https://www.globalcitizen.org/en/content/8-crazy-cultural-myths-about-periods/

Terus menerokai