
#4 MASA UNTUK PAD-DIDIKAN
Helo semua. Nama saya Bread!
Saya bukan lah seorang ibu tapi saya ada tip untuk memudahkan cara ibu-ibu semua ajar anak mengenai pad.
1. Jangan tunggu lama-lama
Tak perlu tunggu sehingga dia period baru nak ajar mengenai pad. Ini kerana biasanya period itu sendiri akan mengejutkan tuan punya badan. Jadi wajarlah untuk ibu menyiapkan anak untuk membantu kurangkan sebarang kekeliruan ataupun kejutan.
2. Jangan beritahu dia cara menggunakan pad sahaja
Sekiranya ini period kali pertama, dia pasti keliru. Jadi ibu janganlah sekadar cakap sahaja dan biar anak mencuba sendiri. Tunjukkan dia jenis-jenis pad yang terdapat di luar sana dan cara untuk menggunakannya. Ini akan membantu anak anda untuk lebih memahami sebarang kekeliruan dan dia akan lebih yakin apabila dia mendapat periodnya.
3. Jangan hanya memberi dia pad milik anda
Pad tersebut mungkin sesuai untuk anda dan tidak sesuai untuknya. Setiap tubuh gadis adalah berlainan, begitu juga dengan pilihannya. Bantulah anak anda memilih pad yang akan membuatkan dia lebih yakin dan selesa. Biar kami tunjukkan caranya di sini.