#3 MASA TERBAIK UNTUK CAKAP MENGENAI PERIOD

Helo mak-mak sekalian! Ini Big Aunty.

Ya bukan mudah untuk buka topik mengenai period ni. Jika nak tunggu masa yang sesuai, Aunty syorkan untuk bercakap sebelum dia mendapat period pertamanya. Ini antara timing yang Aunty rasa sesuai. 

1. Apabila dia mula bertanya mengenai period

Ingat tak masa kecil anda suka bertanya berpuluh soalan sehari? Sekiranya mereka bertanya mengenai period, anda harus menggunakan peluang ini sebaiknya. Jawab dengan jujur dan terbuka. 

2. Apabila terdapat babak berkaitan di TV

Ha sekiranya anda sedang menonton TV bersama dan tiba-tiba terdapat babak yang berkaitan dengan period atau PMS, inilah masa terbaik untuk anda mula bercakap mengenainya. (Tapi tunggulah sehingga cerita habis, kalau tak mesti dia rasa terganggu.)

3. Apabila dia berumur 8 tahun

Ini merupakan umur terbaik biasanya sebelum proses period bermula. Supaya dia tak terkejut, bagus untuk anda memberikan dia pendedahan secara berperingkat. Paling penting untuk dia tahu yang period bukanlah sesuatu yang memalukan. Tak salah untuk anda ajar anak lelaki atau perempuan supaya mereka lebih peka terhadap kawan-kawan yang sedang melalui fasa ini.  

Oooh! Tapi jangan lupa ya. Sekiranya anda ingin membuka topik period pada anak anda, ingatlah untuk sentiasa mengawal cara dan gaya kita berbicara mengenainya. Kita seharusnya tampil yakin agar mereka lebih yakin. Umpama ia satu topik yang semula jadi. Jika gaya kita lebih pada malu atau tak selesa, mereka mungkin dapat mengesan dan akan mendapat persepsi negatif terhadap topik ini.