#1 CAKAP HAL PERIOD DENGAN ANAK PEREMPUAN

Helo! Nama saya Bulan.

Ingat tak kali pertama anda diberitahu mengenai period? Mesti masa tu rasa malu lah… atau tak selesa kan? Takpe, biar Bulan bantu dengan memberi sedikit tip. 

1. Mesti jujur

Pertama, anda jangan malu untuk ucapkan perkataan period. Cara kita bercakap dengan mereka mengenai period akan mempengaruhi penerimaan mereka, sama ada ia sesuatu yang semula jadi, memalukan atau menakutkan. Jadi dengan memanggil period sebagai period, ini akan membantu untuk melenyapkannya sebagai satu perkara yang memalukan dan sebaliknya mereka akan menerimanya dengan hati terbuka. Anda juga boleh berkongsi pengalaman kelakar dengan anak anda. Tunjuk pada mereka, semua wanita melaluinya dan tiada apa yang perlu ditakutkan. 

2. Yakinkan dia

Sesetengah gadis mungkin teruja untuk mendapat period dan sebaliknya ada juga yang takut. Yang pasti, mereka semua ada kerisauan mengenainya. Inilah masanya untuk anda melenyapkan segala kerisauan mahupun ketakutan mereka dengan berkongsi ilmu dan fakta. Anda juga perlu menjadi pendengar yang baik. Antara kerisauan yang mungkin berlegar di fikiran mereka adalah apa yang perlu dijangka untuk kali pertama, apa simptom normal dan apa yang tidak normal. 

3. Buat Kit Period

Tiada siapa tahu bila kali pertama mereka akan mendapat period. Jadi untuk membantu mereka agar lebih bersedia, siapkan period kit bersama-sama. Pergi membeli-belah dan tunjukkan padanya apa yang dia perlukan untuk period kali pertama. Ambil satu beg kecil berzip dan letakkan segala keperluan seperti – pek pemanas, tisu, pad dan liner. 

Ajar anak and cara menggunakannya apabila diperlukan. 

4. Bantu anak anda merekod periodnya

Akil baligh mungkin mengelirukan untuk anda dan anak (saya pun keliru juga), tapi dengan membantu anak anda mencatatkan periodnya, ia akan membantu dia untuk lebih memahami tubuhnya. Cuba gunakan aplikasi berkaitan period. Ada banyak pilihan disediakan, dan ia bukan sekadar mencatat tarikh period tetapi ia juga membolehkan  anda mencatat sebarang perubahan emosi dan fizikal yang sedang dilalui. 
 
Jadi macam mana? Mudah je kan. Jangan risau, kita boleh! Jika anda perlukan lagi nasihat dan tip, Big Aunty dan Bread (Mian Bao) sedia membantu di sini.